Laksam guna produk Ayam Brand. Gerenti lebih mudah, cepat dan tak renyah

Iklan
t (7)

Oleh MAZLIANA ABDUL MAJID

LAKSAM merupakan salah satu sajian tradisi yang menjadi kegemaran ramai sepanjang masa. Sebenarnya, untuk membuat resipi laksam memang rumit dan memenatkan. Namun, dengan barisan produk daripada Ayam Brand, segala kerja menjadi mudah.

Iklan
Iklan

Membuktikan kata-kata itu bukan omongan, Cef Fazli Idris atau lebih dikenali sebagai Cef Fly tampil dalam program Air Tangan Orang Kita dengan menu Laksam Kari Merah.

Untuk kuah laksam yang enak, Cef Fly menggantikan ikan rebus dengan Ikan Sardin Dalam Sos Tomato yang bebas bahan pengawet dan pewarna tanpa tambahan Monosodium Glutamat (MSG).

Iklan

Begitu juga dengan penggunaan santan kotak Ayam Brand yang bebas kolesterol. Paling penting, kesemua produk Ayam Brand diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia!

Iklan

"Istimewanya kuah laksam ini, saya menggunakan Pes Kari Merah Ayam Brand. Pes kari ini mempunyai pelbagai varian iaitu Pes Kari Hijau, Pes Kari Kuning dan Merah yang sangat sesuai buat mereka mempunyai masa terhad untuk memasak," katanya.

Menikmati laksam sememangnya tidak akan lengkap tanpa sambal belacan. Pun begitu, Cef Fly tidak menggunakan cili merah atau cili padi, sebaliknya produk Tomato Cincang Ayam Brand yang diperbuat daripada 100 peratus tomato segar dari Eropah. Bahan itu dikisar bersama dengan belacan bakar, gula, garam dan limau nipis.

Produk keluaran Ayam Brand sememangnya memberi alternatif yang cepat dan mudah terutama untuk hidangan laksam yang renyah.

"Setiap item Ayam Brand memang membantu orang ramai lebih mudah memasak, tidak perlu buang tulang ikan untuk penyediaan kuah.

"Saya juga berpendapat, produk jenama ini lebih sedap dan berkualiti. Saya boleh gunakan pes Ayam Brand yang ada di pasaran untuk membuat pelbagai menu

seperti pasta, spageti, kuah lemak, nasi goreng sardin dan pelbagai lagi sajian," katanya.

Semua produk Ayam Brand boleh didapati di pusat pasar raya besar seperti Giant, Aeon, Jaya Grocer, Village Grocer, pasar raya ataupun kedai runcit di seluruh negara.

Pembelian e-dagang juga boleh dilakukan di platform Shopee dan Lazada menerusi @AYAM BRAND OFFICIAL STORE.

LAKSAM KARI MERAH

Untuk 4 hingga 6 orang makan

Kuah Laksam:

1 tin (425 gram) ikan Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand

1 kotak Pes Kari Merah Ayam Brand

3 biji bawang putih

Sebiji bawang merah

1 inci halia

250 mililiter (ml) air

Garam dan gula

Serbuk lada hitam

Sedikit minyak

1 kotak (250ml) Santan Kelapa Ayam Brand

Sambal Belacan

Tomato Cincang Ayam Brand

Belacan bakar

Garam dan gula

Limau nipis

LAKSAM

3 cawan tepung beras

1 liter air suam

1 sudu teh minyak

Secubit garam

ULAM-ULAMAN

Kacang panjang

Daun pudina

Taugeh

Kubis

Bunga kantan

Limau nipis

Cara penyediaan:

Kuah Laksam:

1. Kisar ikan sardin (tanpa kuah sos) dan Pes Kari Merah bersama halia, bawang putih, bawang merah, halia, garam, gula, serbuk lada hitam termasuk sedikit minyak air air.

2. Masukkan sedikit air di atas kuali dan masukkan pes yang telah dikisar tadi. Jika terlalu pekat, tambah air sedikit demi sedikit.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan Santan Kelapa Ayam Brand. Perasakan garam dan gula.

Sambal Belacan:

1. Bakar belacan dan campurkan dengan Tomato Cincang Ayam Brand.

2. Kemudian masukkan garam dan gula. Perahkan sedikit limau.

Laksam:

1. Campur tepung beras, tepung gandum dan seliter air suam.

2. Untuk memastikan adunan

tidak melekit, tambah satu sudu

teh minyak.

3. Sapukan kuali dengan sedikit

minyak, kemudian curahkan satu setengah senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI