AIR sangat penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup di muka bumi ini perlukan air.
Ibarat pepatah mengatakan, manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air.
Badan kita perlukan air untuk proses seharian dan ia mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Jadi, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi setiap hari untuk kehidupan yang lebih sihat.
Selain itu, bagi mengekalkan kesihatan yang optimum, pengambilan air-air tertentu juga digalakkan.
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini tujuh minuman paling terbaik di dunia yang boleh diamalkan untuk kesihatan. Antaranya;
1. Air zamzam
Tidak lain dan tidak bukan air zamzam. Air yang penuh dengan mineral. One of the best!
Air zamzam sangat istimewa kerana ia boleh diminum terus dari telaga tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.
Ajaibnya air zamzam boleh bertindak balas berdasarkan niat atau doa ketika meminumnya.
2. Air mineral
Air minuman harian kita tapi mestilah ditapis. Pastikan ia bersih dan suci serta banyak mineral. Bukan air kosong osmosis terbalik dan disulin.
Air mineral mengandungi kandungan kalsium, magnesium, potassium dan sodium.
3. Air kelapa muda
Ramai yang suka kan? Kalau boleh ambil sekali dengan isinya sekali. Minumlah tiga hingga empat kali seminggu.
4. Air lemon
Air lemon kaya dengan vitamin C yang merupakan sejenis antioksidan yang boleh bantu tubuh badan untuk melawan penyakit.
5. Air celery
Sumber yang terbaik bagi antioksidan serta enzim. Penuh dengan khasiat vitamin dan mineral seperti vitamin K, vitamin C, Kalium, folat dan vitamin B6.
6. Teh hijau atau kopi organik
Pastikan teh hijau dan kopi yang tulen dan original yang bukan dimasak dengan bahan-bahan lain.
7. Pure Dark Chocolate
Air koko yang mengandungi 70 peratus coklat original.
Semoga bermanfaat buat kesihatan semua.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI