Idea deko raya untuk dapur yang sempit

Iklan

TIDAK sampai seminggu lagi nak raya, sudah siap mengemas rumah?

Dari kawasan landskap halaman sehinggalah dalam rumah, semuanya pasti berubah 360 darjah demi mood raya.

Iklan
Iklan

Walaupun tidak dapat pulang beraya di kampung dek kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), berhari raya bersama keluarga ‘kecil’ pun seronok jua.

Tidak dinafikan, ramai rakyat Malaysia memanfaatkan tempoh PKPB untuk mencantikkan rumah dan membaiki kerosakan sehingga sanggup beratur panjang di kedai hardware.

Iklan

Namun apa yang menarik tumpuan warganet adalah kekemasan dapur yang dikongsikan @twitervirall.

Iklan

"Idea susun atur barang-barang dapur. Nampak lebih kemas dan teratur,” tulisnya dalam perkongsian yang menerima lebih 20,000 tanda suka.

Pemilihan bekas simpanan dan rak memainkan peranan penting dalam memastikan ruang dapur yang sempit lebih nampak luas.

Tiada masalah jika memiliki dapur kecil jika kreatif mengubah kedudukan susunan barang menggunakan bekas yang cantik dan praktikal.

Perkongsian menarik deko dapur itu turut menerima komen membina dan tip untuk membuat label botol herba dan bahan perasa secara DIY.

Tidak kurang juga ada yang mahu membeli rak simpanan barang dapur yang kelihatan cantik dan ada yang bertanyakan tempat yang menjual pelekat nama.

Ayuh! Jom buat transformasi rumah masing-masing. Bukan sahaja untuk kepuasan diri, rumah pun sedap mata memandang gais!