Seiras Siti Sarah, wanita ini buat Uwais toleh melihat berkali-kali

Iklan
emy seiras siti sarah (1)

TIDAK dinafikan memang wujud manusia yang seiras walaupun tidak mempunyai pertalian darah.

Kata orang-orang tua, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau seiras dengan kita.

Iklan
Iklan

Pernah dikaitkan kerana seiras dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisudin tidak lama dahulu, seorang wanita bernama Emy akhirnya dipertemukan dengan keluarga penyanyi itu.

Menerusi laman sosial Instagram, ibu tiri Allahyarham iaitu Siti Fatimah Suberi membuat kejutan ‘hadiah’ kepada suaminya, pelakon Raisudin Hamzah.

Iklan

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak sulung Allahyarham iaitu Uwais Alqarni, 11.

Selain Raisudin yang dilihat terkejut, Uwais juga menoleh beberapa kali ke arah Emy semasa wanita itu membawa kek hari lahir ke meja

Iklan

Baca juga: Sumbangan 15 hari sebelum meninggal, nama Siti Sarah diabadikan surau, dewan rumah anak yatim

Menurut Siti Fatimah yang mesra dengan panggilan Makder, mereka sekeluarga sudah lama ingin bertemu Emy. Pertemuan bermakna itu bagaimanapunapun berjaya diatur sempena hari lahir suaminya.

"Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada beritahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy.

"Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan kerana faktor kesibukan. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.

"Terima kasih kepada Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” titip Siti Fatimah yang turut menitiskan air mata.

Baca juga: Shuib pegang amanat akhir Siti Sarah

Warga maya rata-rata tersentuh dengan perkongsian itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat anak sulung Allahyarham, Uwais yang beberapa kali melihat ke arah Emy yang seiras ibunya.

-"Seiras tapi tak boleh peluk cium, sebaknya. Uwais pun mampu tengok je.”

-"Banyak kali Uwais tengok.”

-"Ya ALLAH, mata masuk habuk. Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah.”

-"Nampak kerinduan pada wajah ayah Arwah. Allahuakbar.”

Allahyarham Siti Sarah Raisudin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dijangkiti Covid-19.

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan anak keempatnya, Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011 dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan berusia 9 bulan.

Baca juga: Shuib lihat air mata Siti Sarah mengalir ketika nazak, saat panggilan video terakhir

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI