Krim Kelapa M&S kaya dengan nutrien baik, kurangkan risiko darah tinggi, komplikasi radang

Iklan
depan santan

BAGI membantu pengguna untuk mengekalkan dan menikmati gaya hidup yang sihat, M&S memperkenalkan Krim Kelapa terbaharu yang kaya dengan nutrien baik.

Menggunakan 100 peratus bahan semula jadi, produk terbaharu itu diproses secara Ultra High Temperature.

Iklan
Iklan

Justeru, pengguna tidak perlu risau kerana paketnya dapat mengekalkan kesegaran hingga 18 bulan.

Pengurus Jenama M&S, Michelle Tan berkata, selain mengandungi potassium yang membantu mengurangkan risiko darah tinggi, produk tersebut juga kaya dengan asid laurik yang merendahkan komplikasi radang perut.

Iklan

"Bagi mereka yang mempunyai masalah terhadap laktosa, Krim Kelapa M&S adalah salah satu alternatif yang sesuai bagi mereka tanpa perlu mengorbankan rasa makanan.

Iklan

"Ia juga elok kepada mereka yang sedang melakukan diet ketogenik (diet tanpa daging)," katanya.

Ujar Michelle, Krim Kelapa M&S juga sesuai digunakan untuk memasak aneka juadah tradisional dan moden termasuk pencuci mulut.

Untuk mendapatkan lebih banyak resipi dan informasi, layari www.msfood.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI