BERPELUANG melihat kawanan dinosaur pada jarak dekat pasti meninggalkan momen keriangan buat si kecil.
Justeru, apa kata sempena cuti sekolah kali ini, bawa mereka melawat Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan, Pahang yang kini memiliki tarikan terbaharu iaitu Dinosaur Encounter.
Diiktiraf sebagai zoo hibrid pertama di dunia, lokasi berkenaan mengetengahkan konsep yang cukup menarik apabila menggabungkan elemen haiwan hidup, animatronik dan dinosaur.
[caption id="attachment_83378" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Pengurus Besar WeGrow Global Sdn Bhd, Anir Syazwan Sharbirin berkata, terdapat 33 haiwan prasejarah termasuk jenis herbivor dan karnivor ditempatkan di kawasan terbuka.
"Haiwan dan dinosour tersebut dicipta dengan terperinci dari segi saiz, postur badan, pergerakan dan suara berdasarkan kajian saintis sebelum ini supaya spesies primitif tersebut boleh ‘hidup’ secara langsung.
Baca juga Dinosaur World terbesar di Asia Tenggara kini di Melaka
"Mungkin ramai tidak tahu bahawa dinosaur animatronik yang terdapat di zoo ini dicipta berdasarkan penemuan fosil yang ada di dalam negara, antaranya seperti spinosaurus, iguanadon dan apatosauris daripada keluarga saurapod,” katanya.
[caption id="attachment_83379" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Tidak hanya itu, zoo yang dinaik taraf dengan kos RM1.2 juta dan berkeluasan 4.4 hektar tersebut juga mempamerkan replika fosil dinosaur yang pernah ditemui di kawasan Pantai Timur termasuk Pahang dan Terengganu.
Baca juga [VIDEO]2 ekor T-Rex mesra di atas lori tarik perhatian, 'bersiar-siar' di Jambatan Pulau Pinang
Selain menempatkan 15 haiwan animatronik seperti gajah Afrika, badak sumbu dan badak air, Anir Syazwan berkata, pihak juga berhasrat untuk menambah tarikan haiwan robot seperti harimau, singa, beruang, panda, orang utan dan gorila pada masa akan datang.
[caption id="attachment_83376" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Sejak dibuka kepada pengunjung bermula 10 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima cukup luar biasa daripada orang ramai.
"Jadi, bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, datanglah bersama keluarga untuk merasai sendiri pengalaman mendekati kawasan dinosaur yang mungkin sebelum ini hanya boleh dilihat dari kaca televisyen atau buku sahaja,” katanya.
[caption id="attachment_83374" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Sebagai tarikan tambahan, pihak zoo juga menyediakan permainan interaktif secara indoor di ruang Immersive Explorer berkaitan dinosour.
Pengunjung khususnya si cilik bukan sahaja boleh bermain lapan permainan video, malah diberi kesempatan untuk mengakses maklumat berkaitan hidupan purba yang ditayangkan secara interaktif.
[caption id="attachment_83375" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Dinosaur Encounter Mini Zoo Taman Teruntum
- Alamat: Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang
- Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
- Harga: RM25 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak)
- Facebook: Zoo Teruntum
- Laman web: https://www.dinosaurencounter.com.my/
[caption id="attachment_83377" width="800"] Kredit berita dan foto: NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN.[/caption]
Sesekali, apa kata bawa si kecil melawat zoo yang pastinya akan melonjakkan keterujaan mereka.
Selain di Dinosaur Encounter, yang terletak di Kuantan, Pahang, terdapat empat destinasi lain yang tidak kurang hebatnya dan boleh dijadikan opsyen untuk dilawati bersama keluarga tersayang.
Jurassic Research Centre
- Alamat: No 1, Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang
- Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam
- Harga: RM58 (dewasa) dan RM48 (kanak-kanak)
- Facebook: The TOP
- Laman web: https://thetop.com.my/jurassic-research-center/
Dinosaur Encounter Zoo Melaka
- Alamat: Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
- Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
- Harga: RM38 (dewasa) dan RM31 (kanak-kanak)
- Facebook: Zoo Melaka & Taman Burung
- Instagram: @zoomelakaofficial
Jurassic Land @ Kiulu
- Alamat: Kampung Bungalio, KM 3.5 Jalan Kiulu Tamparuli, Tuaran, Sabah
- Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
- Harga: RM25 hingga RM35 (dewasa) dan RM15 hingga RM25 (kanak-kanak)
- Facebook: Jurassic Land Kiulu
99 Dinosaur Park
- Alamat: Jalan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Batu Caves, Selangor
- Waktu operasi: 9 pagi hingga 12 malam
- Harga: RM30 hingga RM48 (dewasa) dan RM18 hingga RM28 (kanak-kanak)
- Facebook: 99 WonderlandPark
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI