KINI musim cuti sekolah kembali lagi. Rata-rata golongan mak-mak mengakui akan menjadi 'singa' ketika setiap hari berhadapan anak-anak sepanjang cuti sekolah.
Ibu adalah orang yang paling penting dalam kehidupan anak. Cara didikan dan layanan ibu mempengaruhi cara anak membesar.
Bibir Merah setuju dengan kata seorang guru dikenali ramai, Mohd Fadli Salleh bahawa mak singa biasanya berjaya mendidik anak-anak menjadi sopan, beradab pekerti tinggi dan berjaya dalam pelajaran.
Jadi, teruslah 'menyinga' wahai mak-mak sekalian alam. Cuma menyinga biarlah bertempat ya!
Biasanya juga anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai menjadi individu yang lebih baik dan berdisiplin.
Tidak dinafikan, walaupun ibu garang macam singa, anak tetap lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Ada masa kita boleh manjakan dan turuti apa kehendak anak. Ada masa kita perlu tegas dengan anak supaya dia tahu, ada limit dan batas setiap perkara.
Namun, ada masa kita kena duduk dan dengar segala keluhan hati anak, agar dia lebih selesa dan selamat di samping kita.
Baca juga Otak anak kecut kalau makan gula tinggi, ini kesan lain
Terangkan kepada anak-anak baik-baik agar mereka faham dan dapat terima.
Perlu diingat juga, garang tak semestinya kena menjerit, kena memukul, kena ada kekerasan. Sila kawal kemarahan anda.
Kita pun ada limit garang dengan anak. Jangan buat anak terlalu takut dengan kita. Buat mereka hormat dengan kita.
Justeru, ibu-ibu yang budiman bolehlah didik anak dengan perkara asas ini. Guna peluang musim cuti sekolah untuk jadikan mereka lebih baik;
1. Mudah meluahkan kata maaf dan terima kasih.
2. Buat sesuatu kebaikan, jangan umpan upah dan didik mereka buat secara sukarela. Agar anak-anak tahu erti tanggungjawab.
3. Hadkan mereka melihat gajet atau penggunaan media.
4. Jika anak buat sesuatu kerja, beri sokongan dan beri kata-kata pujian.
5. Luangkan banyak bersama dan beri perhatian lebih pada anak.
Baca juga Tingkat fungsi otak dengan hafal al-Quran, Dr Hamid kongsi tip
Kita besarkan seorang manusia yang penuh dengan sifat kasih sayang. Bukan pembuli atau pembenci yang kerjanya menghentam dan memaki.
Kasih sayang dan perhatian yang kita bagi, insya- ALLAH melengkapi keperluan mereka untuk rasa selamat, dimiliki dan disayangi.
Jadilah mak singa yang penyayang pada musim cuti sekolah ini demi kebaikan anak. Semoga manfaat.
Jangan lupa follow kami di Instagram! Layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI