Pengantin perempuan rugi katering tak datang, penting 'checklist' majlis

Iklan
nikah lapan hari (3)

PERSIAPAN perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlisnya.

Emosi pun boleh jadi 'roller coaster' dalam waktu ini terutamanya bagi bakal pengantin perempuan.

Iklan
Iklan

Pelbagai perkara yang harus diteliti dan dipersiapkan, sekecil-kecil hiasan bunga tangan hinggalah sebesar-besar urusan borang nikah.

Iklan

Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita dan keluarganya yang berdepan dengan situasi panik apabila mereka terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari yang ditetapkan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali Ajan Reduan, dia berkongsi situasi yang dihadapi oleh sepupunya itu di mana mereka terpaksa memasak lauk kenduri kerana pihak katering tidak hadir.

Iklan

"Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut. Kesian.

"Susulan daripada itu, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan kerana mereka menanggung kerugian yang besar gara-gara ditipu oleh pihak katering. Laporan polis dah dibuat, semoga tabah, ujarnya.

Dalam pada itu, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Zahirah turut tampil menjelaskan isu berkenaan.

Dia mendapat tahu bahawa pihak katering tidak dapat menghantar makanan pada pukul 7 pagi.

Difahamkan, pihak wedding planner tidak membayar duit kepada pihak katering sehingga menyebabkan makanan tidak sampai.

Ujarnya lagi, dia terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri demi menempah makanan pada saat akhir sebelum majlis berlangsung kerana risau tetamu yang hadir tidak dapat menjamu selera.

"Di saat hari majlis saya. Katering tak datang. Kerugian banyak dah. Keluar lagi duit sendiri untuk order makanan last minute.

"Kalau tidak kesian tetamu yang datang tak ada makanan. Terima kasih mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, sepupu sepapat yang tolong masak last minute jugak. Nasi sebutir pun tak ada dari pihak katering," ujarnya.

Ya ALLAH, rupanya wedding planner yang tidak bayar kepada katering.

Buat bakal pengantin baru, jntuk mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini semasa hari bahagia, anda perlukan checklist kahwin yang lengkap.

Baca juga Kreatif! Wanita tunjuk cara simpan duit anak RM12,600 setahun

E. 1 bulan sebelum

1. Hantarkan kad jemputan

2. Tempah tempat penginapan untuk keluarga belah pengantin lelaki

F. 2 minggu sebelum

1. Penjagaan diri (rawatan muka, rambut, badan dan spa)

2. Follow up dengan vendor

3. Follow up dengan katering

G. 1 hari sebelum

1. Persiapan pakaian perkahwinan

2. Inai di tangan

3. Pastikan vendor hadir dan deliver

4. Follow up dengan katering

5. Bahagikan tugasan kepada ahli keluarga dan tidur awal

H. Hari majlis

1. Ambil sarapan

2. Bertenang

3. Bersiap dan datang awal tempat akad nikah atau dewan bersanding.

Buat bakal pengantin baru cuba sedaya sediakan checklist seperti ini untuk mengelakkan sebarang masalah pada hari bahagia anda.

Moga bakal pengantin tidak melalui detik sedih dan merugikan jika katering tidak datang menghantar juadah untuk tetamu tersayang.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI