MR. DOLLAR kekal RM2

Iklan
2

MR. DOLLAR salah satu kedai yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menawarkan harga mudah, serendah RM2.

Kenyataan terbaru MR. DOLLAR melaporkan Jabatan Statistik mendedahkan peningkatan ketara harga barangan keperluan pengguna.

Iklan
Iklan

Hal itu secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang bergelut pasca Covid-19 dan bencana banjir di beberapa kawasan di seluruh negara.

MR. DOLLAR, peruncit harga tetap, telah mengambil berat akan hal ini dengan kekal komited dalam mengekalkan harga RM2 pada 10,000 produk popular mereka. Ia merupakan subsidiari peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y.

Iklan

Baca juga: 15 orang paling kaya di Malaysia

[caption id="attachment_83660" width="800"] Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh[/caption]

Iklan

Mengumumkan komitmen berkenaan, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata pihaknya memahami situasi hari ini.

Baca juga: Pengantin perempuan rugi katering tak datang, penting 'checklist' majlis

"Kami faham pergelutan rakyat dengan pelbagai isu yang memberi kesan pada rantaian bekalan global, kenaikan harga oleh peruncit tidak dapat dielakkan.

"Bagaimanapun, dengan analisis data serta hubungan baik dengan pengilang global, MR. DOLLAR bersungguh-sungguh mengekalkan harga RM2 pada lebih 10,000 barangan harian. Ini merupakan salah satu cara kami membantu rakyat Malaysia dengan memberi lebih nilai disamping membantu mereka berjimat-cermat agar mereka yakin untuk berbelanja demi memenuhi keperluan keluarga,” katanya.

MR. DOLLAR menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan; kudapan dan biskut; bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan dingin dan sejuk beku; perkakasan rumah dan alat tulis, mainan dan barangan sukan. Semuanya berharga RM2 atau RM5.

Selain harga tetap RM2, MR. DOLLAR turut menawarkan persekitaran membeli belah selesa dengan lorong dalam kedai luas dan berpendingin hawa untuk pelanggan.

Selain barangan makanan dan minuman dan keperluan rumah, MR. DOLLAR turut menawarkan keperluan perlindungan peribadi seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, pelindung muka, disinfektan, dan kit ujian Covid-19 pada harga rendah.

Dalam kenyataannya pada April 2022, kedai yang menawarkan harga murah itu menegaskan untuk tidak menaikkan harga barangan di cawangan-cawangannya dan menyifatkan kini bukan masanya untuk menaikkan harga barangan kepada pengguna.

Baca juga: 8 tip beli laptop terpakai pelajar universiti, lebih murah sesuai bajet

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI