JUMAAT lalu, pelakon, Ieda Moin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur akibat tekanan darah tinggi.
Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, berkata, dia membuat pemeriksaan kesihatan selepas berasa tidak sihat.
Menerusi laporan portal hiburan tempatan, artis versatil itu berkata badannya berasa tidak selesa dan kebas di beberapa anggota tubuh lain sehari sebelum dimasukkan ke wad.
Ujarnya pada malam Khamis lalu, dia merasa tidak selesa dan kebas dekat tangan, muka serta bibir. Badan terasa kebas bila mahu bergerak.
Bicaranya lanjut, ketika ingin tidur pada malam itu, dia mengalami kesukaran untuk telan air liur. Lidahnya seperti keras dan ditarik dari dalam sehingga mengganggu pernafasan.
Dalam pada itu, perasaan berdebar secara tiba-tiba juga datang dan membuatkan dirinya makin tidak selesa.
Justeru itu, dia membuat keputusan untuk merujuk kepada pegawai perubatan bagi pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci.
Baca juga Saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital – Jasmin Hamid
Sementara itu, ini simptom awal darah tinggi;
1. Bacaan tekanan darah anda melebihi bacaan normal.
2. Penglihatan anda semakin kabur.
3. Pening dan merasa tidak seimbang, sakit kepala.
4. Mual dan muntah.
5. Kesukaran untuk kencing
6. Jantung berdebar, sesak nafas.
Hati-hati jika anda mengalami simptom darah tinggi ini teruslah mendapatkan rawatan doktor kerana ia amat bahaya dan boleh membawa maut.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI