Buka akaun TikTok, Johnny Depp tunjuk penghargaan pada peminat

Iklan
JOHNNY DEPP-TIKTOK

BINTANG terkenal Hollywood, Johnny Depp tidak menunggu lama untuk menunjukkan penghargaan terhadap peminat setianya.

Selepas hampir seminggu memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard, Depp akhirnya membuka akaun TikTok pada Selasa.

Iklan
Iklan

Lebih istimewa, Depp memilih untuk memuat naik video yang memaparkan lambaian kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

"Kita telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kita telah melihat segala-galanya bersama-sama.

Iklan

"Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda mengambil berat," tulisnya kepada peminat.

Dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik, video berkenaan telah menerima lebih 5 juta tanda suka dan akaun TikTok Depp pula telah diikuti lebih 8 juta pengikut.

Iklan