Dakwaan bakal diceraikan selepas pulang umrah tidak benar, Puteri Sarah masih masih bergelar isteri

Iklan
PUTERI SARAH

KONFLIK melibatkan pergolakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof masih belum berakhir dan terus hangat diperkatakan.

Terbaru, Puteri Sarah, 37, menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya pada Jumaat telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualannya dengan seorang individu.

Iklan
Iklan

Menerusi perbualan tersebut, individu berkenaan bertanyakan tentang kebenaran dakwaan daripada seseorang yang mengatakan ibu kepada dua anak itu bakal diceraikan selepas pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menegaskan masih bergelar isteri yang sah kepada Syamsul.

Iklan

Sebagaimana diilaporkan sebuah portal hiburan, pelakon Melastik Ke Hatimu itu berkata, dia tidak pasti apakah tujuan pihak tersebut menyebarkan cerita tidak benar kepada orang ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

"Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya.

Iklan

"Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak tahu apa rancangan pihak sana bercerita perkara tak betul dekat orang ramai,” katanya.

Terdahulu Puteri Sarah pernah mendedahkan rumah tangga diganggu orang ketiga yang juga merupakan anak kepada seorang pelakon terkenal sejak 2019.

Tidak mahu terus berdepan situasi serupa, Puteri Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut dan kini sedang menunggu proses selanjutnya di mahkamah.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.