BERAT badan naik gara-gara rutin diet ‘lari'? Jangan bimbang kerana aplikasi Fooducate boleh membimbing pengguna mengamalkan gaya pemakanan sihat.
Sebenarnya, mudah sahaja untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dengan hanya imbas gambar makanan, ia membantu menentukan sama ada anda sihat atau sebaliknya.
Lagi menarik, lebih 250,000 kod bar produk makanan boleh diimbas sekelip mata. Bukan itu sahaja, setiap maklumat tepat mengenai gred nutrisi turut dikongsikan.
Baca juga Aplikasi khas jaga diet, kesihatan si bulus
Justeru, apa lagi? Kepada yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, Fooducate boleh membantu merealisasikan matlamat semua.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI