Fazura terharu diundang buat kejutan di majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Selangor

Iklan
FAZURA & FATTAH

PELAKON Nur Fazura meluahkan rasa terharu apabila menerima undangan untuk membuat kejutan di majlis sambutan peribadi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor,  sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 4 Jun lepas.

Menurut Fazura, kehadiran dia dan suami, Fattah Amin pada awalnya tidak diketahui Tengku Permaisuri Norashikin kerana mereka merupakan sebahagian daripada kejutan pada majlis bertemakan Hollywood itu.

Iklan
Iklan

"Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.

"Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.

Iklan

"Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” ujarnya menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya pada Ahad.

[caption id="attachment_84397" width="768"] Fazura dan Fattah terharu dapat bersama DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri Selangor.[/caption]

Iklan

Tambah pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu lagi, apa yang membuatkan dirinya lebih teruja apabila melihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran mereka berdua.

"Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua,” katanya.

Pastinya momen istimewa itu menjadi kenangan paling bermakna buat Fazura dan Fattah. Apatah lagi bukan semua bertuah dan mendapat peluang istimewa untuk mendekati pasangan Diraja itu.

"Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.

"Once again, our best birthday wishes to our Queen, may ALLAH SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga ALLAH SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin,” kata Fazura.

(FOTO: Instagram Fazura)