Hamid Gurkha meninggal dunia

Iklan
HAMID GURKHA

PELAKON dan pelawak veteran, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, kira-kira jam 2.19 petang pada Selasa.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid, seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Iklan
Iklan

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke hospital.

"Kami tidak pasti bila pengebumian akan dilaksanakan. Setakat ini arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

Iklan

"Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan," ujarnya.

Hamid yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Iklan

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata (dua daripadanya meninggal dunia), 32 cucu dan 18 cicit.

Sumber : bhonline