JENAMA Fenty Beauty yang diasaskan oleh penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna sekali lagi membuatkan para peminatnya tersenyum lebar apabila melancarkan satu lagi inovasi baharu yang sangat dinanti-nantikan.
BACA JUGA Cantikkan bibir dengan koleksi gincu matte & satin dan lip liner Anastasia Beverly Hills terbaharu
Terkini, jenama berkenaan memperkenalkan pewarna bibir yang pertama, Poutsicle Hydrating Lip Stain.
Poutsicle Hydrating Lip Stain antara lain menyediakan empat rona warna yang sederhana, namun meninggalkan kemasan berkilat pada bibir pemakainya.
"Bibir juga akan sentiasa lembap, lebih lembut, licin dan tiada tompokan," kata Fenty Beauty dalam satu kenyataan.
Fenty Beauty Poutsicle Hydrating Lip Stain kini boleh didapati di butik Sephora. Pembelian secara e-dagang boleh dilakukan menerusi sephora.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan