Elisya Sandha selamat bersalin, Sheila Rusly timang cucu sulung

Iklan
ELISYA SANDHA

PELAKON Elisya Sandha, 23, selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 8.40 pagi, Sabtu, di sebuah hospital swasta.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi hantaran terkini oleh ibu mentuanya, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menerusi akaun Instagram.

Iklan
Iklan

Sheila juga turut memuat naik sepotong video pendek yang menampakkan jari jemari dan pipi comel cucu sulungnya itu.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen hantaran Sheila itu dihujani ucapan tahniah termasuk daripada kakak Elisya iaitu aktres Fasha Sandha.

Paling mencuri tumpuan adalah nama Bunga yang ditulis Fasha kerana sebelum ini, Elisya hanya memberi hint dengan menggelarkan anaknya baby 'B'.

Iklan

Sekadar info, Elisya dan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy atau Haq, 26, berkahwin pada 21 Ogos 2021 setelah beberapa tahun menyulam cinta.