Suri rumah kongsi pengalaman jana RM18,000 main PUBG!

Iklan
Suri rumah kongsi pengalaman jana RM18,000 main PUBG!

STIGMA suri rumah hanya duduk mengharap duit suami rasanya sudah tidak lagi relevan dalam pada masa ini.

Dengan kepesatan teknologi telah membuka banyak peluang menjana pendapatan sampingan sama ada secara online mahupun offline.

Iklan
Iklan

Buktinya, kini ramai suri rumah yang mula melakukan kerja sampingan untuk membantu suami tercinta meraih pendapatan. Siapa tak sayang suami kan?

Sinar Plus tertarik berkongsi kisah seorang suri rumah, Roslinda Embran yang lebih dikenali sebagai Lynda Embran atau Miss Rose, seorang gamer yang berjaya menjana pendapatan sebanyak RM18,000 hanya dengan bermain permainan atas talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Iklan

Perkongsian tersebut dipetik menerusi rakaman temu bual yang dibuat oleh Zayan.my beberapa bulan yang lalu.

Wanita kelahiran Tawau, Sabah itu juga merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada enam orang cahaya mata. Pada awalnya, beliau hanya mempunyai lima penonton setiap kali tampil membuat streamer.

Iklan

Dia terus cuba untuk memperbaiki dirinya dengan meminta nasihat daripada online gamers yang lain. Dengan azam yang kuat, akhirnya Lynda dapat meraih pendapatan lima angka sebagai gaji pertamanya.

Melalui pengalaman sepanjang bermain permainan tersebut secara atas talian, ada juga kata-kata kurang sedap didengar. Namun semua itu tidak mematahkan semangatnya.

Lynda kini boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana kini dia tidak perlu lagi untuk tunggu atau meminta duit suaminya kerana Lynda juga mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Secara tidak langsung dapat meringankan beban suami.

Walaupun Lynda masih aktif dalam karier streamer gaming hampir setiap hari, dia mengaku peranannya sebagai isteri dan ibu tetap menjadi keutamaan dan dia akan berusaha membahagikan masa yang terbaik untuk kedua-duanya.

Jadi, tinggalkan sahaja tanggapan lapuk bahawa suri rumah hanya menjaga anak dan suami sahaja, kerana era kini sudah terbukti golongan wanita mampu menjana pendapatan yang lumayan.

So, stop membawang dan jom buat wang!