SAYU, sebak dan sedih apabila dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor di di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, lewat petang semalam.
Menurut pembantu peribadi Adibah Noor yang dikenali sebagai Tod, allahyarhamah menghidap kanser rahim dan menjalani pembedahan pada April lalu.
Ujar Tod yang sudah 17 tahun berkhidmat untuk Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, arwah juga sempat membuat dua kali kemoterapi dan semangatnya kuat. Namun untuk kemoterapi kedua ini arwah rasa macam tak larat sangat sebab seluruh badannya kebas.
Pemergian seniman versatil yang juga finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu ternyata meninggalkan kesan duka dan mengejutkan ramai terutamanya rakan artis.
Berikut luahan akhir mereka buat Allahyarham Adibah Noor;
"#alfatihah buat kak @adibahnoormohdomar , seorang kakak yang sentiasa memberi saya semangat tak kira di mana ruang pentas kami bekerja, baik program TV, drama, iklan mahupun pentas #Gegarvaganza. Hari terakhir saya di pentas GV, bertubi-tubi Whatsapp arwah masuk bermula dengan kata-kata"Im already missing you”, terlalu banyak yang kami bicarakan, terlalu dalam yang kami luahkan bersama, keadaannya yang dah mula sakit telahpun di bisikkan ke telinga saya"You gotta be strong Fazley, Im not well but im still gonna be strong!” Kata2 keramat yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga saya. Allahuakbar Kak Dib, Tuhan lebih menyayangimu. Kau"terlalu istimewa..." - Fazley Yaacob
"Bulan 2 lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri. Bulan lepas, Dato Zainalabidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan telah selamat menjalani pembedahan pada ramadan lalu. Sebenar tadi saya mendapat berita menyedihkan dia telah kembali mengadap Ilahi. Kita kehilangan seorang penghibur yang penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya. Kehilangan yang takan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana." - Nam Ron
Baca juga Meninggal di usia 90 tahun, 7 fakta Hamid Gurkha ramai tidak tahu
Sementara itu, jenazah Adibah dibawa pulang ke rumahnya di Keramat Permai sekitar jam 10.30 malam tadi bagi membolehkan keluarga dan rakan-rakan terdekat memberikan penghormatan terakhir. Jenazah dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat jam 9 pagi tadi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10.30 pagi ini.
AL-FATIHAH Adibah Noor. Semoga tenang di sisi sang Pencipta. Salam takziah buat keluarga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.