"Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong." - Tweet terakhir Adibah Noor

Iklan
ADIBAH NOOR

PEMERGIAN mengejut penyanyi Adibah Noor pada petang Sabtu sememangnya merupakan satu kehilangan besar buat industri seni.

Ketika ini kisah kematian penyanyi berusia 52 tahun itu terus diperkata lebih-lebih lagi di platform media sosial.

Iklan
Iklan

Ketika hayatnya, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini dilihat cukup aktif di laman Twitter.

Meninjau di ruangan itu, antara layangan terakhir yang sempat diungkapkan Adibah adalah ucapan memohan maaf yang dipercayai ditujukan buat seorang kenalannya.

Iklan

"Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan," ciapnya baru-baru ini.

Selain itu, Allahyarham juga turut membuat kiriman salam takziah buat keluarga Allahyarham pelawak lagenda, Hamid Gurkha yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

Iklan

Dalam pada itu, jenazah Adibah Noor telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi, Ahad.

Allahyarham terlebih dahulu telah dibawa dari kediaman keluarganya di Keramat Permai ke Masjid Al-Ansar pada kira-kira jam 9 pagi.

Bapa arwah, Mohammed Omar juga berkesempatan menatap buat kali terakhir wajah anaknya di bilik pengurusan jenazah masjid berkenaan.

Antara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat insan seni berbakat besar itu ialah Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Ziana Zain, Anuar Zain serta rakan-rakan seperjuangan arwah dalam Gegar Vaganza 8 iaitu Nikki Palikat, Suki Low dan Azan Scan.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, 52, meninggal dunia pada jam 7.40 petang, Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang selepas mengalami sesak nafas.

Penyanyi yang cukup hits dengan lagu Terlalu Istimewa itu difahamkan sudah lama menghidap kanser ovari tahap empat namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.