Tak tidur satu malam ingat kena nyanyi rap, Salwa Abdul Rahman muncul dengan lagu baru

Iklan
Salwa

SIAPA yang tidak mengenali Salwa Abdul Rahman, penyanyi popular era 80-an dan terkenal dengan lagu Satu Dua Kau, kini muncul dengan lagu baharu, Makna.

Walaupun usia menunjukkan angka 57 tahun namun, nombor bukanlah ukuran segala-galanya. Terbukti walaupun umur hampir mencecah enam dekad, lantunan vokal dan lenggok suara tetap sama.

Iklan
Iklan

Salwa menjelaskan, kemunculannya dengan lagu baru amat tak disangka. Bahkan dia sebenarnya ingin mengurangkan pembabitan dalam dunia seni. Bagaimanapun, disebabkan Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang juga merupakan anak saudaranya mahukan dia keluarkan lagu baharu.

Tidak menolak rezeki, Salwa kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan lagu yang memberi nafas baru kepada karier seninya kerana lagu itu merupakan lagu kolaborasi bersama penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.

Iklan

"Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni selain kurang berminat nak keluarkan album atau lagu baru,” ujarnya.

Salwa turut berkongsi momen lucu sewaktu mengetahui bahawa dia bakal berkolaborasi dengan penyanyi rap.

Iklan

"Pada mulanya, saya ingat kena rap dan tak tidur satu malam tapi rupanya tak ada.

"Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad,” kata Bintang Radio Pujaan Negeri Johor tahun 1985 itu.

Jelas Salwa lagi, dia beranggapan bahawa penciptaan lagu dengan penyanyi yang bukan sama genre dengannya merupakan satu pembaharuan.

"Saya ada rasa ingin mencuba, cuma saya tak nak ambil yang rap itu sebab tak bersesuaian dengan jiwa. Saya suka dengar, tapi nak menyanyi genre itu memang tak sesuai dengan saya,” ujarnya berseloroh.

Kali terakhir Salwa merakamkan lagu adalah enam tahun lalu menerusi lagu single I Miss You, namun dia akui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, rakaman berjalan dengan lancar dan tidak memakan masa yang lama.

"Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu itu,” jelasnya.

Difahamkan lagu Makna juga bukanlah sekadar lagu tetapi didatangkan juga dengan video muzik yang telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Jun lalu dan boleh ditonton di saluran YouTube COF Music.

Baca juga: Jamal Abdillah sentiasa beringat tentang masa depan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan