Kongsi resipi, jana pendapatan dengan aplikasi CookX Asia. Pendaftaran juga percuma!

Iklan
Aplikasi

BUNTU dan tidak tahu menu yang sesuai untuk menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah? Jangan bimbang kerana aplikasi CookX Asia boleh membantu memberi idea sajian yang enak dan mudah dimasak.

Menurut pengasas CookX Asia, Wong Yew Mun, aplikasi masakan popular yang diperkenalkan sejak tahun 2021 sememangnya menjadi pilihan para wanita, lebih-lebih lagi resipi masakan dikongsikan oleh komuniti tersohor tanah air seperti Cafe Cef Wan, Dewan 1958, Kanteen dan Ayam Beacon.

Iklan
Iklan

Baca juga Aplikasi popular buat kaki masak, Whisk teman setia anda di dapur

Kata Yew Mun, CookX Asia juga menjadi platform perkongsian resipi dan pada masa sama, pengguna boleh menonjolkan ciptaan masakan mereka.

Iklan

Lebih menarik, orang ramai juga boleh menjana pendapatan melalui penjualan bahan ramuan masakan secara konsep Eco Packs.

Iklan

Pendaftaran untuk aplikasi CookX Asia adalah percuma. Platform berkenaan hanya mengenakan kadar komisen sebanyak 15 peratus bagi setiap transaksi jualan dengan yuran RM10.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI