Ice Watch tampil koleksi ICE Floral dengan pelbagai motif bunga. Mesti ramai suka

Iklan
Ice Watch

LEBIH feminin dengan corak floral yang menawan. Itu kesimpulan yang boleh dibuat apabila ICE Watch menampilkan kelainan terhadap koleksi terbaharu mereka, ICE Flower baru-baru ini.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur terkini itu dimeriahkan dengan pelbagai motif bunga seperti tulip, sakura dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Baca juga "Betul ke ni bagi kat abah?" Bapa terkesima, sebak terima hadiah jam tangan mahal daripada anak

Secara keseluruhannya, terdapat empat desain jam tangan yang ditawarkan kepada peminat iaitu Heaven Sage, Lady Pink, Poppies Fields dan White Sage.

Iklan

Model minimalis dengan pilihan saiz kecil dan sederhana itu turut dilengkapi ciri ketahanan kalis air hingga kedalaman 100 meter dan Quartz Movement.

Iklan

Koleksi menarik tersebut dijual pada harga RM459.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ice-watch.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI