‘Akhirnya…’ - Sharifah Amani kongsi berita gembira

Iklan
2EC959A7-A1B5-47D0-B654-C81FBFD6B09C

PELAKON Sharifah Amani berkongsi berita gembira perihal dirinya yang kini sudah bergelar tunangan orang.

Iklan
Iklan

Amani atau nama penuhnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut berkongsi gmabar cincin disertai kelibat tunangnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

"Know know got fiance (tahu tahu dah ada tunang).

"Syukur Alhamdulillah. One step closer, till when when (satu langkah ke hadapan, sampai bila-bila),” tulisnya.

Iklan

Bagaimanapun, setakat ini Amani, 37, belum bersedia untuk berkongsi identiti lelaki istimewa tersebut.

Rata-rata rakan selebriti turut teruja dengan berita gembira tersebut.

Iklan

Antaranya adalah Datin Lisa Surihani, Betty Benafe, Naim Daniel, Liyana Jasmay, Elfira Loy dan pengarah; Shahrulezad.

"Akhirnya, terima kasih Allah kerana membukakan hati puteriku,” tulis pelakon dan pengarah, Erma Fatima.