Gara-gara leka memasak, ibu tak perasan anak tertelan pisau cukur. Apa yang terjadi selepas itu?

Iklan
Untitled design - 2022-07-02T095707.203

GARA-GARA leka memasak, ibu tak perasan anak tertelan pisau cukur.

Itu peristiwa mengerikan yang diceritakan oleh seorang pakar kanak-kanak dari Indonesia, Dr Ariani Dewi Widodo kepada portal Pop Mama.

Iklan
Iklan

Ya, nama pun kanak-kanak, mereka bukan tahu membezakan perkara berbahaya atau tidak.

Kongsi Dr Ariani, ketika itu, wanita berkenaan sedang memasak di dapur, sementara anaknya bermain di ruang tamu.

Iklan

Secara tiba-tiba, anak kecil yang dikenali sebagai Ara datang kepada si ibu dan menunjukkan giginya.

[caption id="attachment_86181" width="800"] sumber foto POP MAMA[/caption]

Iklan

Pelik dengan perilaku si kecil, ibunya lantas ke ruang tamu dan terkejut melihat serpihan pisau cukur di atas lantai.

"Wanita itu memeriksa anaknya sama ada tercedera atau tidak pada bahagian badan sebelum meminta si cilik tersebut membuka mulut.

"Berderau darah si ibu apabila dia menemui banyak serpihan pisau cukup di dalam mulut anaknya. Dia terus membawa budak itu ke hospital," beritahu Dr Ariani.

Baca juga Kempen jualan luar biasa, jangan lepaskan peluang rebut gajet terbaik sempena Vivo Merdeka Sale

Setelah pemeriksaan dan imbasan X-Ray dilakukan, doktor masih dapat mengesan terdapat serpihan pisau cukur yang telah ditelan anaknya.

Pun begitu, mujur ia keluar bersama najis selepas tiga hari tanpa anaknya mengalami pendarahan.

BERJAGA-JAGA

Melihat situasi berkenaan, pakar perubatan itu menasihatkan ibu bapa agar lebih berwaspada dan memberi perhatian terutama ketika si kecil sedang bersendirian.

"Elakkan juga objek tajam bertaburan di sekeliling rumah dan pastikan barangan tajam disimpan dengan elok," katanya.

Menerusi perkongsian Hello Doktor, terdapat beberapa jenis permainan yang perlu dijauhkan daripada si kecil. Antaranya:

i) Permainan yang mempunyai permukaan tajam.

- Bahagian yang tajam boleh menyebabkan risiko kanak-kanak tercedera pada bahagian mata dan kulit.

ii) Permainan yang boleh atau senang ditanggalkan.

- Permainan jenis itu wajar dielakkan untuk mengelakkan risiko mereka menelan komponen-komponen kecil mainan itu.

iii) Permainan yang mempunyai cat pada permukaannya.

- Perlu memastikan barang mainan tidak diselaputi cat kerana mungkin kandungan cat itu beracun dan berbahaya.

iv) Permainan yang mempunyai tali, reben dan wayar.

- Elakkan mainan sebegini kerana berisiko kanak-kanak boleh terbelit pada leher dan menyebabkan tercekik.

Baca juga Sempat tinggal pesan sayang ibu ayah, remaja 14 tahun maut terjatuh permainan ‘fun fair’ setinggi 430 kaki

v) Permainan yang boleh menembak objek.

- Perlu elakkan membeli mainan yang boleh menembak objek seperti pistol mainan. Ia boleh menyebabkan bahaya jika pistol jenis peluru mainan ditembak pada individu lain.

vi) Permainan yang berteraskan elektrik.

- Permainan berteraskan elektrik seperti mainan menggunakan bateri boleh mendatangkan risiko mereka tercedera terkena renjatan atau terbakar.

Kepada ibu bapa sekalian, diharapkan anda semua tidak memandang remeh kes yang berlaku di negara jiran ini.

Sentiasa awasi anak-anak anda dalam apa jua situasi sekali pun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.