PELAKON Raja Ilya selamat melahirkan cahaya mata pertama yang juga bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsi Ilya lewat malam tadi menerusi akaun Instagramnya.
Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, tidak menungga lama untuk berkongsi nama dan wajah puteri sulungnya itu.
"Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love.
Iklan
"Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu.
"Tidak sabar rasanya untuk pulang ke Malaysia tahun depan bersama bayi kami," katanya yang kini menetap di Perth, Australia.
Iklan
Ilya dan Trent Garret berkahwin di Perth pada 23 Disember 2018.