Sedapnya daging masak hitam, mudah sangat nak masak untuk jamu tetamu sempena Aidiladha

Iklan
daging masak hitam

BUKAN sahaja sedap, nak masak daging masak hitam sempena Hari Raya Aidiladha ini memang cukup mudah.

Pastinya, agihan daging korban yang diterima kita pada hari yang mulia itu memang banyak sehingga membuatkan kita terfikir apa sajian mahu dimasakkan?

Iklan
Iklan

Justeru, SinarPlus berpendapat, daging masak hitam adalah ideal yang menarik, selain daging lembu atau kambing dimasak rendang atau sup.

Iklan

Dengan gabungan rasa manis dan pedas, bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak dapat menikmatinya.

Daripada banyak perkongsian, kami memilih cara penyediaan Dapur Mamasya dalam membuat hidangan berkenaan.

Iklan

Bukan sahaja bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati, teknik-teknik yang diajar juga mudah dan tak renyah. Semudah ABC!

Baca juga Mahu Daging Harimau Menangis lebih berjus, lembap dan beraroma? Ikut panduan ini, pasti menjadi

Berikut bahan-bahan untuk juadah daging masak hitam:

Bahan-bahan

1 kilogram daging (dipotong nipis)

3 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

3 kuntum bunga lawang

2 inci kulit kayu manis

1/2 cawan kicap pekat

Air asam jawa secukupnya

Garam secukup rasa

Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

4 biji bawang besar

3 inci halia

4 ulas bawang putih

20 biji cili kering

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil ketumbar (pilihan)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak.

2. Tumis bahan-bahan yang sudah dihiris, bunga lawang dan kayu manis hingga wangi.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing atau terbit minyak.

4. Masukkan daging, air secukupnya dan reneh sehingga daging empuk.

5. Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.

6. Boleh tambah bahan perasa tambahan seperti Ajinomoto jika suka.

7. Biarkan kuah agak pekat dan secukup rasa.

8. Apabila daging cukup empuk, bolehlah hidangkan.

Tip: Sekiranya daging masih liat, boleh tambahkan lagi air dan masak sehingga kuah agak kering.

Tidak hanya boleh dimakan bersama nasi, menu ringkas tersebut boleh dijadikan sebagai inti untuk sandwich premium.

Pendek kata, bagi mereka yang sedang berdiet, boleh menggantikan nasi dengan roti atau tortilla wrap bijiran penuh untuk dimakan bersama daging masak hitam tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalian boleh cuba resipi simple, tetapi menyelerakan ini untuk menjamu kenalan yang datang berkunjung ke rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan