Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan

Iklan

KANAK-KANAK normal turut boleh mendapat ciri-ciri autisme.

Penyakit autisme tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal tetapi kepada perkembangan mental.

Iklan
Iklan

Autisme adalah spektrum simptom. Keseriusan penyakit ini boleh dikelaskan kepada beberapa tahap iaitu tahap terkawal (mild autisme), sederhana dan tahap membimbangkan dan ia bergantung kepada kesan simptom terhadap kehidupan harian pesakit.

Buat pengetahuan semua, tiada tempoh tepat untuk mengesan simptom autisme terhadap anak-anak.

Iklan

Penyakit ini boleh dikesan sejak berusia beberapa bulan sehinggalah dewasa asalkan trend perkembangan minda anak-anak dapat untuk diperhatikan serta dinilai.

Terdapat juga situasi di mana bayi tersebut membesar seperti normal sehingga satu tahap, pembesaran bayi terbantut atau berlaku keadaan apabila bayi kehilangan skil yang sebelum ini telah dipelajari.

Iklan

Baca juga Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Istilah Virtual Autisme dicipta oleh ahli psikologi klinikal Romania Doktor Marius Zamfir, merujuk kepada anak-anak yang punya tanda-tanda autisme.

Perkembangan positif ditunjukkan apabila;

  1. Anak diasingkan dari gajet pada tempoh tertentu.
  2. Anak mula bermain dan diberi peluang bereksplorasi.
  3. Mendapat ransangan interaksi dengan penjaga.
  4. Diberi intervensi atau rawatan yang diperlukan untuk 'catch up' perkembangan yang tercicir.

OTAK KANAK-KANAK BERKEMBANG PESAT 90% PADA USIA 1 HINGGA 6 TAHUN

Menurut Dr Maria Afzan dalam satu temu ramah, tempoh kritikal untuk otak kanak-kanak berkembang dengan pesat adalah satu hingga enam tahun, iaitu 90 peratus.

"Tapi, disebabkan penggunaan gajet dan TV, kanak-kanak kurang peluang melakukan aktiviti fizikal, kurang terlibat dalam stimulasi sensori serta ketinggalan dalam aktiviti sosial, maka, perkembangan yang sepatutnya berlaku, tidak berlaku pada anak-anak ini," ujarnya.

Sangatlah tepat. Banyak kajian dah dibuat mengesahkan kesan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak.

Sementara itu, ini kesan gajet terhadap anak-anak;

1. KESAN TERHADAP EMOSI

Kanak-kanak kurang penyabar, mudah mengamuk dan susah ditenteramkan. Later in life, kanak-kanak ini mudah diancam kemurungan.

2. KESAN TERHADAP FIZIKAL

Tiada minat untuk bermain, masalah sensori seperti penggeli yang keterlaluan, gayat dan mudah muntah bila lakukan aktiviti fizikal, kekok bila pegang peralatan atau main menggunakan tangan dan sebagainya.

3. KESAN TERHADAP SOSIAL

Tak faham konsep giliran, tak boleh berkongsi, tak mampu berempati, tak mendengar arahan dan tak mampu bekerjasama dengan rakan sebaya.

4. KESAN TERHADAP AKADEMIK

Susah fokus, cepat penat menulis, mudah penat bila duduk lama, sukar urus diri dan sebagainya.

Jadi, buat mak ayah yang perasan ada sesuatu yang tak kena pada anak, bertindaklah. Bantu anak dengan serah pada tangan pakar yang boleh membantu.

Jangan takut anak dilabel tidak normal sebaliknya, fikirkan 'struggle' yang mereka alami di kemudian hari kalau tak dibantu dari awal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.