Gen Z pilih Kuala Lumpur antara 50 destinasi utama pelancong 2020

Iklan
Gen Z pilih Kuala Lumpur antara 50 destinasi utama pelancong 2020

KUALA LUMPUR kini dinamakan sebagai salah satu daripada 50 destinasi utama pusat pelancongan untuk tahun 2020, menyertai bandar-bandar pelancongan popular lain seperti Tokyo, Bangkok, Paris dan Los Angeles.

Statistik tersebut adalah berdasarkan laporan destinasi dengan ketibaan tetamu Airbnb paling banyak ditempah pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

Airbnb merupakan satu platform untuk memudahkan orang ramai mencari tempat tinggal di serata dunia.

Di Malaysia dan seluruh Asia Pasifik, tetamu Generasi Z yang berusia lingkungan 24 tahun ke bawah terdiri daripada segmen tetamu yang paling cepat berkembang, dengan tempahan tetamu di rantau ini meningkat lebih daripada tiga kali ganda setiap tahun.

Iklan

Tetamu Generasi Z itu dikenal pasti berdasarkan data yang membuat tempahan melalui platform Airbnb sepanjang tahun setakat Disember 2018 hingga 2019

Menurut laporan Airbnd, memasuki bulan ketiga dalam dekad baru ini pelbagai trend perjalanan telah mendapat perhatian.

Iklan

Pengunjung kini dilihat sanggup membayar untuk mencari pengalaman yang lebih unik, transformatif dan memori indah yang tidak dapat dilupakan termasuk pengalaman menikmati juadah yang pelbagai.

Generasi yang semakin matang kini disifatkan sudah mula mengembangkan kuasa pembelian mereka.