Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

Iklan
Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

IKAN merupakan satu menu yang disukai ramai. Ikan memang enak dimasak dengan pelbagai cara, lembut, manis dan lemak!

Salah satu masakan yang memikat selera ramai adalah ikan bakar. Jika biasa dibakar kosong untuk dicicah bersama kicap atau sambal, apa kata cuba kelainan buat ikan bakar berempah pula.

Iklan
Iklan

Cara nak sediakan ikan bakar berempah ini mudah sebenarnya, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah-rempah ratus yang lain, nanti rasa ikan bakar berlainan dari apa yang kita inginkan.

Bahannya pula hanya perlu dikisar menjadi pes dan disalut pada ikan. Malah pes itu juga boleh disimpan di dalam peti sejuk. Bila-bila nak masak, tinggal ceduk dan lumur je. Mudah kan?

Iklan

Tak perlu lagi beli di luar, masak je sendiri bukan sahaja jimat masa tetapi jimat duit tau!

Bahkan, juadah ikan bakar ini paling rendah kalori, pastinya ia menyihatkan.

Iklan

Antara ikan yang sesuai dibakar menggunakan pes ini adalah siakap, merah, cencaru, kembung, bawal, tilapia, pari, kerapu dan sebagainya.

Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, sambal belacan, wow makin naik selera.

Cuba juga Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Bahan-bahannya;

  • 1 ekor ikan
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai dikisar
  • 3 biji bawang merah dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit dikisar
  • 1 sudu kecil garam dikisar
  • Daun limau purut (jika ada)

*Tambahkan cili jika ingin rasa yang pedas

*Gandakan bahan jika ingin buat stok pes

Cara-cara membuatnya;

1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.

2. Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan. Tabur daun limau purut dan bakar sehingga ikan masak sambil renjis minyak pada ikan.

3. Angkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam atau kicap mahupun sambal.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Ummu Nazlifa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.