Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Iklan
inai (3)

PAKAI inai memang kesukaan sesetengah wanita, cantik dipandang kan. Namun yang menjadi persoalannya bolehkah ibu hamil memakainya?

Bergelar seorang ibu hamil bukanlah sesuatu yang mudah. Sudahlah membawa perut selama sembilan bulan 10 hari, terikat pula dengan pelbagai pantang larang supaya kandungan sihat dan selamat.

Iklan
Iklan

Selain perihal pemakanan, penggunaan sesuatu pada tubuh badan juga turut dititikberatkan seperti inai.

Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita yang menyatakan dia ditegur jururawat kerana memakai inai ketika mengandung.

Iklan

Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri memakai inai.

Baca juga 

Hasil pemerhatian SinarPlus, pemakaian inai oleh ibu hamil bukanlah suatu yang salah sebenarnya, cuma perlu dielakkan bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, seperti;

1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.

2. Ukir atau kuku, kalau boleh elak, elak kerana untuk ukir susah hendak suntik jarum jika tiba-tiba perlu jalani pembedahan Caesarean.

3. Jururawat semua check darah tengok dekat kuku. Takut kebiruan dan sebagainya.

4. Bagi ibu mengandung yang ada Anemia, mudah nak kesan abnormal kalau apa-apa terjadi bermula dari kuku.

Baca juga  SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.