Kajian yang dijalankan Oleh DR. HIDEKI ISHIKAWA,
Jabatan Pencegahan Kanser melalui Pensasaran Molekular, Sekolah Siswazah Sains Perubatan, Universiti Perubatan Wilayah Kyoto, Kyoto, Jepun)
Pada tahun 2015, kanser kolorektal atau kanser usus besar telah mengatasi kanser perut, untuk menjadi kanser nombor satu dalam kalangan masyarakat Jepun.
Kerajaan Jepun kini aktif menjalankan kajian untuk mencari jalan bagaimana mencegah kanser usus, melalui satu projek kebangsaan yang melibatkan beberapa kajian klinikal termasuk Kajian Pencegahan Kanser Usus oleh Serat Diet dan Lactobacillus casei Shirota strain, yang dijalankan oleh Dr Ishikawa.
Kajian ini disokong oleh geran melalui Penggal Kedua Strategi Komprehensif 10-tahun untuk Kawalan Kanser dari Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.
Kajian ini juga dihasilkan dengan reka bentuk rawak tentang penggunaan serat diet dan lactobacillus casei untuk pencegahan ketumbuhan (tumor) kolorektal. Ia adalah kajian pertama di dunia yang menggunakan bakteria asid laktik untuk pencegahan kanser usus.
Di dalam kolon (usus besar) kita, ketumbuhan / tumor atau polips boleh terbentuk pada dinding usus. Polips yang bukan kanser digelar adenoma (kanser pula dipanggil karsinoma). Walaupun adenoma bukan kanser, jika dibiarkan ia boleh bertukar menjadi kanser. Adenoma boleh dibuang dengan pembedahan untuk mencegahnya daripada bertukar menjadi kanser.
Namun, selepas dua tahun, 67 peratus pesakit yang telah membuang adenoma akan membentuk adenoma baru. Pesakit-pesakit ini yang telah mengalami beberapa ketumbuhan (sama ada kanser atau tidak) dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi untuk menghidap kanser kolorektal.
Jadi, Dr Ishikawa telah mengambil pesakit-pesakit ini untuk menyertai kajian beliau bagi menentukan sama ada pengambilan serat diet atau pengambilan Lactobacillus casei Shirota strain dapat memberi sebarang kesan untuk mencegah kanser kolorektal dalam pesakit-pesakit berisiko tinggi ini.
Pesakit-pesakit yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini adalah seperti berikut:• Berusia 40 – 65 tahun.
• Pesakit dengan lebih daripada satu ketumbuhan kolorektal (ketumbuhan adenoma dan/atau karsinoma).
• Semua ketumbuhan telah dibedah (dibuang) dengan kaedah endoskopik.
• Tiada sejarah pembedahan usus kecuali apendiks.
• Bebas dari sebarang penyakit kanser.
• Tiada sebarang komplikasi serius.
• Mereka yang mengambil bahagian dalam kajian dibahagikan secara rawak kepada 4 kumpulan (A,B,C dan D)
A: Bimbingan/kaunseling pemakanan + biskut dedak gandum.
B: Bimbingan/kaunseling pemakanan + serbuk Lactobacillus casei Shirota strain.
C: Bimbingan/kaunseling pemakanan + biskut dedak gandum + serbuk Lactobacillus casei Shirota strain.
D: Bimbingan/kaunseling pemakanan sahaja.
Teras bagi bimbingan pemakanan adalah untuk mengurangkan pengambilan tenaga daripada minyak dan lemak kepada 18 hingga 22 peratus daripada jumlah tenaga yang diambil, (berbanding pemakanan biasa orang Jepun di mana lebih kurang 27 peratus jumlah tenaga ialah daripada minyak dan lemak).
Titik akhir /‘Endpoint’ utama bagi kajian ini adalah pemeriksaan bagi menentukan sama ada terdapat adenoma kolorektal atau tidak. Keputusan kajian mencadangkan serbuk Lactobacillus casei Shirota strain boleh diamalkan pengambilannya.
Selepas empat tahun, kumpulan B yang mengambil serbuk Lactobacillus casei Shirota strain menunjukkan penurunan ketara sebanyak 35 peratus dalam pertumbuhan tumor kolorektal yang lebih berkemungkinan menjadi kanser berbanding dengan kumpulan rejimen lain. Kajian itu mencadangkan bahawa Lactobacillus casei Shirota strain menghalang perkembangan tumor kolorektal.
Hasil kajian ini telah pun diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa"peer reviewed” iaitu"International Journal of Cancer” Ishikawa H. et al. Randomized trial of dietary fiber and Lactobacillus casei administration for prevention of colorectal tumors. Int. J. Cancer, 116: 762-767, 2005. Nature Clinical Practice Gastroenterology & Hepatology 2: 249-249, 2005.
Setelah tamat tempoh kajian selama empat tahun, Dr Ishikawa meminta semua pesakit terbabit yang tidak mengambil serbuk Lactobacillus casei Shirota strain mula mengambilnya setiap hari.
Kajian selanjutnya oleh Dr Ishikawa menunjukkan bahawa kesan pencegahan kanser kolorektal dalam kumpulan berisiko tinggi menjadi semakin kuat selepas enam tahun berbanding pada tahun ke-4.
Program Komuniti CSR Yakult - Kita Genki Sihat Sokmo : Program Saringan Kanser Usus Besar
Tarikh: 25 - 26 Julai 2022
Tempat: Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Pasir Mas
Antara aktiviti yang dianjurkan:
• Saringan kanser kolon
• Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas
• Sesi ceramah kesihatan berkaitan kanser kolon dan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko kanser oleh:
- Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas,
- Dr. Jusoh Bin Awang Senik
- Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Meranti, Tasnim Lutfi