Wanita pukul kanak-kanak tak makan nasi mengaku bersalah, 7 fakta berkaitan

Iklan
Wanita pukul kanak-kanak tak makan nasi mengaku bersalah, 7 fakta berkaitan

WANITA dan suaminya yang terbabit dalam satu kes dera kanak-kanak menggunakan penyangkut baju dalam video yang tular di media sosial mengaku bersalah.

Pasangan itu didakwa memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Sinar Harian, berikut 7 fakta berkaitan;

1. Wanita tersebut, Amira Hamzah, 28 tahun, warga tempatan dan suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30 tahun, dari Singapura, mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya mangsa, beberapa bulan lalu.

Iklan

2. Mengikut pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal.

3. Prosiding ditangguhkan sementara bagi jatuh hukum dan fakta kes.

Iklan

4. Terdahulu, dilaporkan sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang berusia empat tahun di rumah mereka di Beranang, Selangor pada 18 Julai lalu.

5. Difahamkan, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian selepas tular di media sosial video memaparkan seorang kanak-kanak dipukul dengan batang penyapu dan penyangkut baju.

Baca juga 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

6. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat mangsa tidak suka makan nasi, dan suspek memaksa kanak-kanak itu menelan nasi sehingga termuntah.

7. Difahamkan, mangsa adalah anak kepada warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, diserahkan di bawah penjagaan suspek sejak April lalu kerana ibu kandung tidak mampu menjaganya.

Beberapa hari lalu, video yang memaparkan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak untuk makan namun dengan cara yang keras.

Video tersebut mengundang amarah dalam kalangan warga maya dan ramai segera melakukan aduan supaya kanak-kanak tersebut diselamatkan.

Baca juga Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

Menerusi video yang berkenaan, wanita yang memakai baju berwarna hitam itu kelihatan memaksa kanak-kanak yang dipercayai anaknya itu untuk makan.

Geram melihat anak kecil itu menangis seolah enggan makan, wanita berkenaan bertindak memukul menggunakan penyapu di bahagian tangan dan muka anaknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.