MAKAN aiskrim antara satu-satunya keinginan yang dicari ramai ketika diri atau anak kecil mengalami sakit tekak.
Aiskrim adalah minuman pencuci mulut yang sememangnya digemari ramai.
Hadir dalam pelbagai perisa serta mudah didapati di semua tempat membuatkan ia begitu popular di serata dunia.
Ia sangat enak dinikmati ketika musim panas terutama oleh penggemar utamanya iaitu golongan kanak-kanak.
Selain itu, ketika mengalami batuk-batuk dan sakit tekak, aiskrim juga selalu menjadi permintaan.
Pun begitu, melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sebaiknya jangan diberikan anak aiskrim perisa vanila kerana kemungkinan ia akan mengakibatkan radang tekak mereka tidak pulih.
Namun, mereka masih boleh menikmati aiskrim yang berasaskan buah semata-mata tanpa campuran gula.
"Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
"Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais. Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak," kongsinya di Facebook.
Baca juga Mengapa anak mudah tidur bila di dalam kenderaan? Berikut 5 fakta yang semua orang kena tahu
Ujar Dr Mazliana, aiskrim vanila mempunyai gula yang tinggi dan banyak perasa tiruan.
"Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan banyak lagi kan.
"Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria.
"Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
"Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah bagitahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu tu," ujarnya.
Dalam pada itu, jika anak-anak tidak sihat, aiskrim yang sesuai adalah buah-buahan tanpa gula.
"Sekarang, baru tahu semua ni. Boleh je kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat, bagi aiskrim dari buah.
"Kisar sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Baca juga Botol susu boleh buat anak muntah, cirit, ibu muda wajib tahu ini
"Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insya-ALLAH.
"Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu," kongsinya.
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.