DOA akhir dan awal tahun yang boleh dibaca buat semua menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam.
Esok kita akan memasuki 1 Muharam 1444 Hijrah.
Sesungguhnya awal Muharam yang juga sinonim dengan panggilan Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam.
Ia sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.
Lazimnya, menjelang akhir tahun dan memasuki tahun baharu, masyarakat kita begitu sinonim dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.
Ya, memang tiada dalil yang menganjurkan doa dan zikir akhir tahun. Namun, tiada juga dalil yang melarang kita untuk berbuat demikian.
Pun begitu, tidak salah untuk kita mengamalkannya kerana ia merupakan suatu perkara yang baik.
Berikut doa akhir tahun yang dicantumkan oleh Sayid Utsman bin Yahya dalam karyanya, Maslakul Akhyar:
Doa akhir tahun
اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
"Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”
***Baca doa akhir tahun iaitu pada petang ini selepas solat Asar atau akhir waktu Asar.
Baca juga Betul ke buku amalan kita dibawa naik ke langit pada malam Awal Muharram?
Doa awal tahun
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
"Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”
***Baca doa awal tahun selepas solat Maghrib hari ini iaitu pada malam 1 Muharam 1444 Hijrah.
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada petang ini.
Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-NYA. Moga tahun baharu ini memberikan sinar baharu untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.