Ako Mustapha dikejarkan ke hospital

Iklan
AKO MUSTAPHA

PELAKON Ako Mustapha, 51, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini sedang mendapat rawatan di bahagian kecemasan.

Berita mengejutkan itu dikongsi isterinya, Kartina Shuaib menerusi laman Instagram milik Ako sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Assalamulaikum.. please pray for my husband Ako Mustapha. As now he's in emergency room HKL.

”Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun dalam perkongsian ringkas itu, Kartina tidak memaklumkan apakah penyakit atau punca Ako dikejarkan ke hospital.

Menerusi ruangan komen, ramai kenalan dan pengikut Ako memberikan kata-kata semangat, selain doa agar urusan rawatan pelakon tersebut dipermudah dan kembali sihat seperti sedia kala.

Iklan

Ako dan Kartina mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.