BUAT sendiri sesuatu juadah atau menu memang memberikan kepuasan yang tersendiri. Tidak kiralah lauk-pauk mahupun kuih-muih.
Donut merupakan adunan tepung yang biasanya disaluti gula yang menjadi kesukaan si kecil. Selain digaul bersama gula, ia juga boleh dimakan bersama coklat cair.
Akhir-akhir ini viral pula di laman sosial donut bersalut susu yang nampak sangat mengiurkan.
Bila melihatnya, teringin untuk mencuba. Namun apabila membeli ada kalanya ia sudah menjadi tidak gebu.
Apa kata buat sendiri sahaja di rumah, memang sedap makan panas-panas! Tak payah berebut untuk beli dekat luar lagi!
Bahan-bahannya;
- Mauripan 1 pek (bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
- Tepung gandum dekat 1kg
- Telur 1 biji
- Marjerin dalam 2 sudu makan
- Susu pekat agak-agak sahaja
- Susu tepung dalam 2 sudu lebih macam tu
- Garam sikit
Baca juga Pesto Pasta enak berlemak sukatan cawan, jom buat sendiri di rumah
Cara membuatnya;
1. Yis yang sudah kembang dicampur dengan semua bahan dan uli-uli dalam satu jam.
2. Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.
3. Salut dengan salutan susu.
Cara penyediaan salutan:
- Susu tepung (saya guna Fenleaf)
- Gula
*Kisar kedua-dua dan salut donut yang sudah digoreng.
Sedap sangat! Wajib cuba di rumah, memang lain daripada lain. Selamat mencuba.
Sumber: Noor Shafiqah Ghazali
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.