"SELEPAS banyak berfikir dan pertimbangan yang teliti, kami berdua telah bersetuju untuk berpisah."
Begitu perkongsian oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dalam satu hantaran Instagram miliknya hari ini.
Selepas 11 tahun bergelar suami isteri, pasangan selebriti popular, Noh dan Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan akhirnya berakhir dengan perceraian.
Menurutnya, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
"Saya dan Noh ada pengumuman penting untuk dibuat. Selepas banyak berfikir dan pertimbangan yang teliti, kami berdua telah bersetuju untuk berpisah.
"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka duka dan jatuh bangun dalam pernikahan.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami kerana menunjukkan kasih sayang kepada kami selama ini.
"Jangan risau, kami masih berkawan dan mendoakan kebaikan untuk satu sama lain. Kita boleh merancang tapi perancangan ALLAH lebih hebat," coretnya.
Baca juga Serah segala ketentuan kepada ALLAH – Mizz Nina
[caption id="attachment_88800" width="800"] Noh dan Mizz Nina berkongsi berita perceraian serentak menerusi laman Instagram (IG) masing-masing, sebentar tadi.[/caption]
Ujarnya, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan ALLAH SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
"Tolong banyakkan berdoa untuk kami terutamanya dalam tempoh Iddah ini, kami menghargai semua orang untuk menghormati privasi kami, dan selaras dengan antara lain Surah Al Hujurat ayat-12, untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang kami untuk mengelakkan fitnah. Doa dan doa anda adalah yang kami perlukan," mohonnya.
Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik fotonya yang dilihat mendukung anak mereka, Musa di tepi pantai bersama Noh.
Baca juga Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa
Pasangan tersebut dikatakan sudah bercerai dalam satu prosedur di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.
Difahamkan juga, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dan Noh, 37, telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.