Haziq Hussni sertai Ain Edruce sebagai hos baharu Melodi

Iklan
AIN EDRUCE & HAZIQ HUSSNI

PENGACARA dan penyampai radio, Haziq Hussni menyertai program hiburan popular, Melodi sebagai hos bersama Ain Edruce.

Ain terlebih dahulu diperkenalkan sebagai hos dan memulakan tugasnya pada 3 Julai lalu bersama-sama pengacara jemputan seperti Sharnaaz Ahmad, Shalma Ainaa dan Izzue Islam sepanjang bulan Julai.

Iklan
Iklan

Bermula Ogos, Ain Edruce, 31, bersama Haziq Hussni, digandingkan sebagai pengacara tetap untuk musim terbaharu Melodi.

Ain yang cukup terkenal dengan kepetahannya berbicara mendapat maklum balas yang baik daripada penonton yang rata-ratanya menganggap pelakon itu sebagai pengacara yang sempoi dan membuatkan penonton tidak kering gusi.

Iklan

Sementara itu, pemilihan Haziq, 32, sebagai pengacara program ini adalah atas pembawaannya yang dinamik, serba boleh serta mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Apa yang pasti bekas pengacara Muzik Muzik itu akan menunjukkan sisi berbeza yang belum pernah disaksikan penonton sebelum ini.

Iklan

Melodi bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 12.30 tengah hari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

(FOTO: TV3)