Ibu cuba sup telur ringkas ini, anak-anak pasti terpikat

Iklan
Ibu cuba sup telur ringkas ini, anak-anak pasti terpikat

IBU penat fikir nak masak menu untuk suami dan anak-anak tersayang? Tak ada idea nak masak lauk ringkas untuk makan malam?

Apa kata ibu cuba masak sup telur yang sedap dan mudah untuk disediakan ini.

Iklan
Iklan

Anak-anak pun dijamin suka pasti makan pun bertambah. Hati ibu pun seronok tengok anak makan dengan begitu selera sekali.

Boleh dinikmati dengan nasi putih bersama gorengan ayam atau ikan dan sedikit sambal belacan, memang menjilat jari!

Iklan

Selain itu, sup telur ringkas ini sesuai juga dibuat ketika anak-anak tidak sihat atau kurang selera makan kerana lauk jenis berkuah ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan.

Jadi, ayuh cuba buat.

Iklan

Bahan-bahannya;

  • 4 biji telur ayam
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili besar dihiris
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit suhun (direndam 10 minit)
  • Daun bawang
  • Garam

Cuba juga Resipi Sushi Ayam Teriyaki, mudah dan ringkas. Buat sendiri baru puas hati

Cara membuatnya;

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili besar. Masukkan air dan kiub pati ayam.

2. Biarkan mendidih, masukkan telur yang dipecah sebiji demi sebiji.

3. Masukkan garam dan rasakan. Bila telur masak, masukkan suhun dan daun bawang. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Suhailiza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.