KUBUR umpama ‘kediaman’ seterusnya si mati selepas kematian. Kubur juga menjadi lokasi yang diziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan dalam menginsafi diri tentang kematian, alam kubur dan kiamat. Namun timbul persoalan, bolehkah kubur dibina daripada bahan seperti marmar, simen atau batu kapur?
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberikan panduan dan menjawab persoalan berkaitan membuat binaan di atas kubur.
Baca juga: Berlari di tanah perkuburan mahu tatap wajah ibu, undang sayu warganet
"Kami menukilkan keterangan di dalam kitab Fiqh al-Manhaji (1/617-618). Makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA, katanya:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.”
Riwayat Muslim (970)
"Hal ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW disamping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama," katanya menurut jawapan yang dikongsikan.
Baca juga: Tak boleh duduk ketika ziarah kubur, ini adab yang sering diabaikan
MENINGGIKAN KUBUR MAKRUH TAHRIM
Manakala bertindak meninggikan kubur pula makruh tahrim.
"Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.
"Menurut sunnah, kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah," titipnya.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:
أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ
Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”
Riwayat Muslim (969)
Larangan makruh itu dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup. Kubur itu adalah ingatan kepada kematian bukan kemewahan.
Malah tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur.
Firman ALLAH:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh) Sehingga kamu masuk kubur.
(Surah al-Takathur: 1-2)
Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir:
“Maksudnya mereka itu iaitu manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengikut sehingga terlupa untuk mentaati ALLAH dan meninggalkan persiapan akhirat. Sehinggalah kematian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebumikan di dalam kubur-kubur.”
Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Baca juga: Nak ziarah orang sakit jangan semberono saja, ketahui adab-adab yang diajar oleh Islam
Menziarahi kubur bagi kaum perempuan adalah bergantung kepada tujuannya. Jika ingin mengambil iktibar, untuk mengingati kematian dan mampu menjaga adab-adabnya, maka hukumnya adalah harus. Jika tujuan sebaliknya dan tidak dapat menjaga adab, hukumnya boleh menjadi haram.[/caption]
Menziarahi kubur adalah amalan mulia yang patut dikekalkan dari generasi ke generasi. Antara kelebihan amalan menziarahi
kubur ialah
1. Dikasihi ALLAH SWT atas sebab mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
2. Mengingati tentang asal usul kejadian manusia.
3. Menginsafi diri tentang kematian, alam kubur dan hari kiamat.
4. Mengambil iktibar tentang apa yang telah berlaku, dapat melembutkan kekerasan hati dan dapat mendidik jiwa.
Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematian
ADAB DAN LARANGAN MENZIARAHI KUBUR
Menziarahi tanah perkuburan seharusnya dilakukan dengan adab. menurut Pejabat Mufti Negeri Sarawak, terdapat lima adab ketika menziarahi kubur;
1. Dalam keadaan berwuduk.
2. Berpakaian sopan dan menutup aurat.
3. Memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur. Afdal dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi. Hal ini juga diamalkan ketika membaca talkin. (Disunatkan memberi salam dan berdoa walaupun sekadar melintasi mana-mana kubur orang Islam sekalipun tanpa niat ziarah secara khusus).
Doanya ialah seperti berikut;
Maksudnya:"Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penduduk barzakh dari kalangan orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya kami Insya-ALLAH akan menyusul, kami mohon kepada ALLAH untuk kami dan kamu agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diinginkan)" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
4. Disunatkan berpaling ke arah kiblat dan mengangkat kedua belah tangan untuk berdoa.
Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia
Wanita ingin menziarahi kubur hendaklah ditemani oleh suami ataupun mahram dan perlu mengelakkan tabarruj (berhias dan menzahirkan kecantikan).[/caption]
5. Bagi perempuan yang hendak menziarahi kubur sebaik-baiknya ditemani oleh suami ataupun mahramnya serta menjaga diri daripada tabarruj (berhias dan menzahirkan kecantikan).
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Negeri Sarawak