WAKTU bekerja di Malaysia akan dipendekkan dari 48 kepada 45 jam seminggu. Pasti ramai yang gembira!
Malaysia kini ke arah suatu perubahan dengan Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berikut empat fakta berkaitan;
1. Ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada Selasa berkata pindaan itu adalah bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
2. Pindaan itu juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik Covid-19.
3. Setakat hari Selasa, tiada cadangan atau libat urus untuk ditetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian.
4. Itu jawapan beliau ketika menjawab soalan Senator Nasir Hashim berhubung pendirian kerajaan mengenai empat hari bekerja dalam tempoh seminggu terutama dalam sektor swasta, pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Baca juga “Tipulah kalau saya kata tidak pernah kecewa” – Fieya Julia mahu kembali rencana kerjaya seni
Sementara itu, berikut lima negara yang punyai waktu kerja paling singkat di dunia;
1. Itali – 960 jam/tahun
Kerajaan Itali membebaskan pekerja untuk membahagikan waktu kerja mereka. Sementara waktu bekerja dalam seminggu adalah 40 jam dan waktu kerja lebih dari 8 jam.
2. Paris – 1007 jam/tahun
Paris menduduki tempat ke dua dengan waktu kerja sehingga 1007 jam setahun.
3. Belgium – 1011 jam/tahun
Belgium adalah sebuah negara yang boleh membuat pekerja mereka tinggal dalam satu profesion, atau tidak sering memindahkan pekerjaan. Itulah sebabnya kerajaan memberikan dasar kepada pekerja untuk mempunyai hak untuk berehat selama satu tahun. Dalam tempoh ini pekerja juga masih diberi elaun dari kerajaan.
4. Poland – 1038 jam/tahun
Di Poland rata-rata pekerjanya bekerja selama 40 jam per minggu. Namun sekitar 20% pekerja lelaki perlu bekerja lebih dari 50 jam per minggu.
5. Jerman – 1053 jam/tahun
Dasar pekerja yang dibebaskan untuk membahagikan masa kerja menjadi cara yang terbaik bagi Jerman untuk mengurangkan pengangguran. Pada masa ini kadar pengangguran Jerman adalah kira-kira 5% atau lebih rendah berbanding Amerika yang 7%.
Selain itu, dasar pekerja yang dibebaskan untuk membahagikan masa kerja menjadi cara yang terbaik bagi Jerman untuk mengurangkan pengangguran.
Norway, yang terkenal dengan undang-undang buruh yang paling longgar di dunia, rakyatnya hanya bekerja 33 jam seminggu. Pekerjanya juga diberikan 21 hari untuk cuti setahun dan memberi peluang kepada golongan ibu bapa untuk memohon lebih banyak cuti untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
Manakala bagi Belanda pula, warganya hanya bekerja 29 jam dalam seminggu. Ini adalah untuk menyeimbangkan kehidupan pekerja di Belanda.
Sumber: Bernama, rileklah.com