"Banyak masa dengan anak, stabil mental, fizikal." Mak-mak di Jepun jarang bertukar jadi 'naga' dengan anak. Ini sebabnya ramai tak tahu!

Iklan
new home

LETIH bekerja balik rumah tengok rumah bersepah boleh buat mak-mak bertukar jadi 'naga' kan?

Itu kalau yang bekerja, bagi suri rumah pula, boleh pitam jadinya. Mana taknya, baru sahaja kemas sudah kembali bersepah.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi bagi yang punya anak kecil. Sebab itu ada yang tidak tahan, bukan sahaja anak, suami pun boleh menjadi mangsa kena 'sembur'.

[caption id="attachment_89426" width="800"] https://www.pexels.com[/caption]

Iklan

Mengemas rumah biasanya memang mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai banyak barang.

Daripada menyapu sehinggalah mengelap dan sebagainya, memakan masa. Apatah lagi jika anda jenis yang tidak boleh tengok barang berterabur sana sini.

Iklan

Baca ni: Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!

STABIL MENTAL DAN FIZIKAL

Menerusi laman Facebook milik Normaliza Mahadi, beliau mendedahkan pengalamannya ketika berada di negara Matahari Terbit itu.

Akuinya, cara hidup kaum ibu di Jepun cukup berbeza dengan masyarakat kita di sini.

"Rumah orang Jepun sangat lapang. Barangan yang ada minimum sahaja. Sepanjang saya di Jepun, tidak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret seperti di Malaysia, malah saya tidak nampak langsung kedai perabot.

"Rumah orang Jepun kecil-kecil sahaja saiznya. Pun begitu, ruang di dalamnya sangat luas dan lapang sebab tidak banyak barang. Sebab tulah mak-mak di Jepun ini jarang-jarang bertukar jadi 'naga'.

"Mereka ada banyak masa untuk bermain bersama, cakap baik-baik dan melayan karenah anak-anak. Mereka juga lebih stabil mental dan fizikalnya," ujar Normaliza lagi.

Baca lagi: Bagusnya pasangan muda ni... duduk pondok sangkar ikan pun, rumah bersih, kemas sangat

MENGEMAS AMBIL MASA BERJAM

Tambahnya lagi, mak-mak di sana juga tak perlu menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mengemas rumah atau melipat kain baju yang bertimbun.

[caption id="attachment_89427" width="800"] https://www.pexels.com[/caption]

"Semua yang ada ini diminimumkan, jadi untuk ibu-ibu yang berada di rumah, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian tekanan yang kita ada kat rumah adalah disebabkan terlalu banyak barang.

"Nak kemas sudah mengambil masa berjam. Masa lebih banyak terbuang untuk mengemas dan itu tidak masuk bab melipat kain baju lagi," ungkap wanita itu menerusi kapsyennya.

[caption id="attachment_89428" width="800"] https://www.pexels.com[/caption]

Ada benarnya juga perkongsian Normaliza itu kan? Selalu kita baca atau dengar keluhan mak-mak yang penat nak mengemas. Demikian juga dengan lipat baju, kalau boleh nak tempah mesin khas untuk lipat baju. Betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan