MUDAHNYA! Berita baik buat pengguna bank Malayan Banking Berhad (Maybank), kini dengan mudahnya anda boleh menukar kad bank.
Bila tengok kad debit bank, jika tarikh yang tertera dah luput dan ia automatik tidak boleh menunaikan sebarang transaksi!
Nak pergi bank, rasa malas kerana urusan akan dijangka memakan masa yang lama, perlu tunggu nombor giliran dan buat temu janji.
Jadi, ikut sahaja cara tukar kad debit Maybank secara online sahaja ini, kad pun akan dihantar ke rumah!
Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang atau dicuri atau terlupa nombor PIN.
Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.
Baca juga Taip alamat web rasmi, Maybank dedah penipuan laman perbankan palsu
Berikut cara untuk memohon kad bank secara online;
1. Log masuk Maybank2U
2. Pergi ke Accounts
3. Klik Cards
4. Klik titik tiga kat Maybank Visa Debit Card
5. Klik Replace, Activate & Block
5. Tekan titik tiga dekat Card Details, Status, pilih Replace Card
7. Isi alamat anda untuk penghantaran kad, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.
8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.
9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM.
Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Menurut seorang pengguna Facebook dikenali Fatiha Faizuallah, untuk pengaktifan kad baru pula boleh buat dua cara sama ada tukar pin di mesin ATM ATAU secara online.
Baca juga Maybank MAE kini boleh keluarkan duit tanpa kad, sentuh ATM, hanya imbas Kod QR
Secara online sama juga masuk bahagian Card lepas tu pilih Aktive Card nanti kita akan diminta masukkan lapan angka terakhir dari kad yang baru dapat tu.
Kemudian hanya ikut arahan untuk nombor TAC. Selepas tu siap terus aktif. Jangan risau, nombor pin akan sama dengan nombor pin kad lama anda dahulu.
Mudah sangat kan! Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.