Ikan haruan rosakkan organ dalaman wanita berpantang, 5 fakta wajib ibu tahu

Iklan
haruan

IKAN haruan, umum maklum biasanya menjadi salah satu pilihan altenatif untuk merawat ibu bersalin.

Ia ibarat pilihan penjagaan diri utama sebagai 'penawar' lagi-lagi untuk ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Iklan
Iklan

Pastinya ramai para ibu yang menjamu hidangan berkenaan kerana dikatakan bagus untuk memulihkan kembali kesihatan dalam mereka.

Namun melalui perkongsian seorang Pakar Perubatan Keluarga, Dr Siti Aishah Yunos, beliau mendedahkan maklumat penting mengenaikan keburukan ikan haruan buat wanita selepas bersalin.

Iklan

Menerusi perkongsiannya di TikTok, ini lima risiko untuk ibu bersalin;

1. Pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.

Iklan

2. Dr Siti Aishah sarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.

3. Bagaimanapun, Dr Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.

4. Ujarnya, memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.

5. Pesan beliau, nasihat tersebut bukan hanya untuk memudahkan kerja para doktor, ia juga penting bagi menjamin keselamatan para ibu yang bakal bersalin.

Baca juga Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Sementara itu, berikut adalah senarai fakta dan mitos tentang diet penyembuhan luka menurut laman web MyHealth KKM.

  • Mitos

Ikan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.

  • Fakta

  1. Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain. Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka.
  2. Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh.
  3. Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.
  4. Jumlah protein yang mencukupi bukan jenis protein yang menentukan penyembuhan luka.
  5. Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.

  • Mitos

Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh.

  • Fakta

  1. Telur adalah salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh.
  2. Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.

  • Mitos

Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan.

  • Fakta

  1. Daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh.
  2. Jantina ayam tidak mempengaruhi kualiti protein.

  • Mitos

Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.

  • Fakta

  1. Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini.
  2. Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.

  • Mitos

Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.

Baca juga Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil ‘overdue’ lebih 42 minggu ini puncanya

  • Fakta

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka.
  2. Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya dengan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.
  4. Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.