Waktu terbaik untuk nasihati anak, ibu wajib amal rebut manfaatnya

Iklan
nasihat didik anak

WAKTU anak-anak masih kecil adalah masa terbaik ibu bapa mula didikan yang sempurna. Tegur mana yang perilaku salah atau sebaliknya.

Mendidik anak bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi untuk mendisiplinkan mereka. Proses tersebut memang memerlukan kesabaran.

Iklan
Iklan

Pun begitu, sikap anak-anak yang pelbagai ragam adakalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar.

Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.

Iklan

Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan.

Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga, seperti;

Iklan

[caption id="attachment_87052" width="1024"] Gambar hiasan (Kredit foto: Canva)[/caption]

1. Di dalam kenderaan

Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati.

Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata yang bermaksud;

"Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil,"Hai anak kecil.” Aku jawab"Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda,"Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”

(HR Hakim, hadis gharib).

Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang.

Di dalam kenderaan, ibu bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.

Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita dan lain-lain.

Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh ibu bapa.

Baca juga  SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.