BERTOPI dan menutup muka dengan hanya menampakkan mata, itu penampilan terbaharu pendakwah selebriti, Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.
Seperti diketahui umum, penceramah bebas itu kini sedang menempuh ujian dan dugaan apabila perlu menghadapi pelbagai penyakit dipercayai datang daripada perbuatan sihir beberapa individu terhadapnya.
Menerusi beberapa video siaran langsung sesi ceramah Ustaz Kazim yang terbaharu, beliau dilihat mengenakan topi serta menutup mukanya dan hanya menunjukkan bahagian mata sahaja ketika menyampaikan ceramah.
Menurut laporan media tempatan, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa dia perlu memakai topi dan menutup muka atas nasihat doktor yang merawatnya kerana dirinya tidak boleh terkena cahaya matahari.
Beliau dinasihatkan untuk tidak mendedahkan anggota badan secara terus terhadap pancaran matahari kerana dirinya kini sedang dalam fasa menjalani rawatan.
"Mulai malam ini, saya berpakaian begini sebab dinasihatkan oleh doktor. Wajah saya tidak boleh kena cahaya matahari. Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh saya.
"Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh saya buat sementara waktu (berpakaian seperti ini), saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu," ujar beliau.
Baca juga Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian
Sementara itu, penceramah yang berasal dari Perak itu memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya selain tidak untuk terlalu ‘terkejut’ dengan perubahan gaya penampilannya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim ada berkongsi mengenai derita penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk mukanya.
Semoga Ustaz Kazim terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.