BIASA lihat mereka yang berkongsi nombor akaun bank peribadi di laman sosial atau pada medium yang boleh dilihat umum?
Atau korang sendiri berdepan orang yang mahu meminta nombor akaun bank dengan alasan atau sebab tertentu.
Jika anda mengenali peminta nombor akaun tersebut dan tahu tujuannya meminta data berkenaan barangkali tidak mengapa. Akan tetapi, awas jika tidak mengenali seseorang yang meminta nombor akaun anda.
Anda pula berkongsi maklumat berkenaan untuk tatapan awam dengan sengaja kerana berfikir tiada apa yang perlu dikhuatiri. Bukan orang boleh ambil duit anda pun kononnya...
[caption id="attachment_10020" width="1024"] Sarcasm contoh permohonan maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang dikongsikan netizen.[/caption]
Bagaimanapun, jika itu yang difikirkan, ia satu kesilapan besar. Ada pihak yang sudah pun mengingatkan tentang bahaya berkongsi nombor akaun peribadi pada pihak tidak dikenali termasuk yang dapat dilihat oleh orang awam.
Namun demikian, ramai yang tidak menyedarinya.
Begitupun, kongsi pegawai anggota beruniform ini anda harus berhati-hati. Ini titipan nasihatnya yang dikongsikan di Twitter nya semalam hingga tular:
"So.. Ingatkan korg ni boleh la dengar nasihat.. Tp sbbkan korg ni jenis berlagak pandai.. Eh.. Mana ada apa2 la share no acc bleh kena scam.. Mana bleh kuar duit klo tau no acc n nama penuh.. Xpe kot.. Acc ada rm20 je.. Lawak nya... Okay.. Aku wat la satu thread ni..
Scammer dh dpt nama penuh & detail acc.. So.. Jgn terkejut dr situ dia bleh dptkn no fon, simple je.. Soc med.. Bila dh ada no fon.. Dia dh bleh call.. Hello.. Ni encik (nama penuh dah ada).. Pemilik acc (no acc dh ada) bank (nama bank dh ada).. Kita pun.. Oo dia tau semua tu..
Tanya la knapa ya cik.. Dri situ dh bleh mula.."akaun cik terlibat sbg mule acc, or terlibat dlm kes rasuah nilai sekian2, sy akan hubungkn encik dgn ibu pjbt polis / ibu pjbt kastam / ibu pjbt sprm utk bercakap dgn pegawai sana.."
Haa.. So.. Cuak? Pastu pihak pegawai akan cerita la akan keluarkan waran tangkap dlm masak 24jam.. Semua akaun akan beku n so on.. So pegawai tu suggest if nk selamat duit dlm tu, transfer ke akaun ni dlu.. Kna g bank, dia akan instructkan..
Sebabkan korg panik.. Risau duit dlm akaun2 korg yg simpan brtahun tu.. Xfikir pjg.. Plus scammer pn ckp jgn bgtau org lain jgn libatkan polis lain, biar dia tlg n so on.. Korg pun bergegas ke sana.. Transfer.. Sbb bila panik ni, korg xdpt fikir rasional.
Once dh transfer, habis la simpanan2.. Habis la duit.. Beberapa hari lpas tu, korg akan buat muka lepat, dtg balai, buat repot.. Pegawai penyiasat kes komersil mesti akan tnya"cik pernah tak share apa2 detail acc di media social sebelum ni, mcm nama penuh or birthday?"
Waktu tu kau akan nangis depan pegawai penyiasat tu.. Just remember, scammer ni berkursus mcm korg amik diploma tu, semata2 utk hack & tipu orang.. Mostly diorg bukan berada di malaysia pun.. Tp nombor, nombor malaysia.. If nombor pelik2 xpa lagi.
So.. Tu je la aku nak nasihat korg.. From just a simple personal detail, diorg boleh korek dlm soc med ni or hack korg utk tau detail2 ni.. Aku dh ckp, diorg bkn g kuarkn duit acc yg ko sebarkn tu.. Tp scammer ada cara dia.. Sbb tu ayat 1st aku"guna akal".
Dan aku xckp pun dia akan hack akaun utk keluar duit dr acc korg tu.. Tp dia akan scamm korg berdasarkan detail yg dia ada.. Plus ada brader td ckp wat apa nk takutkn org.. Haha.. Byk kerja lain aku bleh buat, buat apa aku nk takutkn korg? Blaja la sikit ttg Jenayah Komersil.
Sbb apa? Sbb aku kesian.. Dtg balai , buat repot.. Duit simpanan 10 tahun, berpuluh tahun habis.. What can we do, we investigate, duit dh pun transfer ke luar negara.. So.. You reap what you sow.. Tak paksa pun suruh remove no acc tu. Terpulang. Take care guys" kongsi beliau.
Ciapan beliau itu dibalas termasuk oleh kakitangan di bank. Berikut antaranya:
As a Bank staff. I setuju thread you ni. Account number ni toksah lah pamer kat socmed. Lg satu, kalau acc you guys dah lama tak ada transactions then all of sudden banyak cash in flow (sebab duit yg orang bg), boleh triggered suspicions to the Bank ye.
Macam mana pulak dgn seller online?
Sebab tu seller kena dm or whatsapp diorang baru diorang provide acc number. Diorang tak simply disclose dalam socmed hihi.
Exactly.
Haha dr awal saya perhati..dorang tak percaya ckp tuan. Siap perli2 lg. saya banker dah bnyk kali tgk org nangis kat bank psl scammer mcmni.. so tlg la dgr
Buat yg gedik² meratap duit raya yg dipancing dgn jumlah setengah juta tu. Hadam sampai berak.
Tadi aku bodo post juga, tapi 5 minit astu aku delete. Tak sedap hati nok. Yelah even dekat close friend je, bukan boleh percaya org nak pedajal kita ke idok. Lol. Nasib aku bodo 5 min pastu cerdik balik
That’s why aku tak berani nak share benda personal like this one..
kelihatan raya tahun ni ramai share no akaun bank
Moga perkongsian beliau bermanfaat! -AG #rantaiankasih