Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran

Iklan
me time kafe

PERNAH terfikir untuk menikmati sesi 'me time' di tempat makan privasi sambil menghabiskan masa dengan aktiviti kegemaran tanpa sebarang gangguan?

Bagi kalian yang sedang mencari hotspot menarik untuk aktiviti hujung minggu tanpa teman, barangkali kafe hipster yang menawarkan pakej unik di sekitar Selangor boleh dipertimbangkan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan carian SinarPlus di media sosial, kreativiti pengusaha kafe yang bijak menggunakan ruang dan peluang bagi menarik pelanggan yang jenis lone ranger amat dikagumi.

Selain menjamu selera dengan pilihan kulinari ringkas, pengunjung boleh menonton filem atau drama kegemaran di ruangan yang cukup selesa.

Iklan

Lagi menarik, promosi harga istimewa diberikan kepada pelajar yang memerlukan ruang untuk menelaah pelajaran atau mereka yang mencari tempat transit sementara.

Iklan

Pada masa sama, jangan terkejut jika terdapat premis yang lengkap dengan ruang tidur dan kamar mandi untuk mereka yang mahu menyegarkan badan sebelum pulang ke rumah.

Berikut pilihan lokasi ‘me time’ yang pilihan SinarPlus:

1. Me Time Book Cafe

Alamat: Level 1, The square Jaya One, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 8 malam

Facebook: MeTime Book Cafe

Instagram: @metime_bookcafe

Laman web: https://www.greenpointbookcafe.com/

2. Ink Library

Alamat: Lot 6232, Persiaran Mokhtar Dahari, Eco Grandeur Puncak Alam, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Facebook: Ink Library Cafe

Laman web: https://inklibrarycafe.my/

3. Bukku Cafe

Alamat: No 1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang

Facebook: ブック Bukku Cafe

Instagram: @bukkucafe

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

4. Pages Book Cafe

Alamat: F-G-43, Taipan Damansara 2, Jalan PJU 1A/3, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6 petang

Facebook: Pages Book Cafe

Instagram: @pagesbookcafe

5. Kafe Buku Oakheart

Alamat: 26A, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor,

Waktu operasi: 12.12 tengah hari hingga 8.08 malam

Facebook: Kafe Buku Oakheart

Instagram: @Kabobangi

Baca juga Menariknya, nikmati juadah seafood dalam restoran sampan, 3 lokasi menarik wajib dikunjungi

Kalau diikutkan, banyak lagi destinasi kembara gastronomi yang menarik untuk mereka yang sukakan buku atau ruang privasi untuk diri sendiri.

Selain pilihan sajian yang enak, kalian boleh cuci mata dengan dekorasi dalaman yang indah sambil menenangkan fikiran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan