MASALAH sukar tidur boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur.
Pun demikian, dengan wujudnya aplikasi BetterSleep yang menjadi pilihan ramai di Google Play, ia boleh membantu pengguna memahami dan menambah baik kualiti tidur berdasarkan rekod, pilihan muzik premium dan kandungan yang direka khas.
Aplikasi berkenaan turut disyorkan oleh pakar tidur dan neuropsikologi dan setakat artikel ini ditulis, ia sudah diguna pakai lebih 10 juta orang di seluruh dunia.
Lebih 90 peratus telah memberi respons positif. Rata-ratanya mengatakan, tidur mereka lebih lena selepas menggunakan aplikasi berkenaan dalam tempoh seminggu.
Baca juga Aplikasi penting pulihkan semula fail, foto dan video, Dumpster diyakini lebih 50 juta pengguna
Baca juga Aplikasi Talkspace ganti ahli terapi, kongsi masalah depresi hanya di hujung jari
BetterSleep yang perlu dibayar sebelum diakses itu turut menawarkan ciri unik yang membantu orang ramai mencipta tabiat tidur lebih selesa.
Boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan